Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


08 September 2009

Soalan Antropologi Baru..

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan soalan antropologi yang baru. Diharap sila siapkan tugasan antropologi korang berpandukan soalan baru ini..Sekian, terima kasih..



SOALAN TUGASAN


Antropologi merupakan suatu disiplin ilmu yang berminat untuk mengetahui serba serbi tentang manusia yang antaranya membincangkan tentang wujudnya manusia sebagai insan sosial, tentang bagaimana mereka hidup dalam pelbagai jenis masyarakat di serata pelosok dunia.

Sebagai seorang pelajar bidang antropologi, anda diminta menjalankan SATU penyelidikan lapangan tentang DUA jenis suku kaum dalam masyarakat di kawasan penempatan anda dan buat penyelidikan berdasarkan perkara-perkara berikut:

(a) Hurai dan bincangkan corak kehidupan kedua-dua suku kaum yang dipilih daripada segi sistem:
(i) Perkahwinan;
(ii) Kepercayaan dan agama;
(iii) Ekonomi; DAN
(iv) Politik dan Kepimpinan
(20 markah)

(b) Bincangkan persamaan dan perbezaan budaya yang wujud di antara kedua-dua suku kaum yang dikaji. Sila kaitkan persamaan dan perbezaan budaya tersebut berdasarkan ciri-ciri budaya:
(i) Budaya Dikongsi;
(ii) Budaya Dipelajari:
(iii) Budaya Tidak Kelihatan;
(iv) Budaya Mempengaruhi Proses-Proses Biologi;
(v) Budaya Saling Berubah;
(vi) Kesejagatan Budaya;
(vii) Budaya Adaptif dan Maladaptif; DAN
(viii) Budaya Bersifat Integratif.

(Rujuk modul; Topik 1, m.s. 5)
(20 markah)

[Jumlah: 40 Markah]

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png