Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


28 July 2009

IPSM Besut pula ditutup..

KUALA TERENGGANU: Selepas lima institusi pendidikan di negeri ini ditutup berikutan pelajarnya dikesan dijangkiti demam selesema ringan (Influenza Light Illness), kini giliran Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) Besut ditutup selama seminggu apabila tujuh pelajarnya terkena jangkitan sama.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata tujuh pelajar berkenaan dirawat sebagai pesakit luar dan sudah menjalani ujian saringan menentukan sama ada terkena wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) dan keputusannya diketahui dalam masa terdekat.

“Berikutan kes terbaru malam kelmarin itu, kita mengambil keputusan menutup IPSM selama seminggu bermula semalam hingga 2 Ogos ini.

“Kita sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Pelajaran negeri memantau perkembangan terkini terutama di sekolah berasrama yang mempunyai bilangan pelajar ramai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.





Menurutnya, langkah pencegahan turut dipertingkatkan semua institusi pengajian lain termasuk kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan kawasan tumpuan ramai.

Beliau menasihatkan, orang ramai terutama pelajar supaya berjaga-jaga dan menangguhkan aktiviti di luar kawasan terutama membabitkan kumpulan ramai.

“Perkembangan terbaru H1N1 setakat ini menunjukkan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun masih ditahan di wad dan lima pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin disahkan positif H1N1,” katanya.

Kredit : Harian Metro Online

26 July 2009

CEO, General Manager dan Ketua Jabatan..

Iman : Assalamualaikum bos..

Diri : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa.. Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil. VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...Entah ar...

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. Kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali..

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan untuk kami. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji, kebajikan awak saya jaga,Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan. Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya..

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Awak tak melawan Encik Dosa ke?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya..

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta- minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang- kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Saya rimas..

Iman : (Senyum sinis)Maafkan kami tuan..Kami minta diri dulu..Tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat Encik Dosa..Dan ahli jawatankuasanya; vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang, management berterabur..

Iman : Alhamdulillah..Kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi..

Diri : Terima kasih..Panggillah aahli jawatankuasa kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah Encik ma'thurat, Encik Zikir, Encik Solat dan semua ahli jabatan awak ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Amin..Semoga hidup saya kembali tenang..

17 July 2009

Keputusan Pilihanraya PISMK-OUM!!

Dengan menggunakan kuasa yang ada pada saya, dengan ini saya mengumumkan bahawa pilihanraya umum telah ditutup dengan rasminya tepat jam 10 malam tadi. Peti-peti undi daripada 12 pusat pembuangan telah dibawa dengan selamat ke pusat penjumlahan undi 30 saat yang lalu..Dengan ini diumumkan dengan RASMI bahawa keputusan bagi pilihanraya "siapakah dari kelas PISMK-OUM yang akan kahwin dalam masa terdekat ini" seperti berikut :

1. Sanimah (8 undian)
2. zashima (2 undian)
3. siti hafizarina (2 undian)
4. Rosli (2 undian)
5. Ah Chaw (1 undian)
6. Adriana (1 undian)
7. Marina (1 undian)
8. Clarice (1 undian)
9. Zarina (1 undian)
10. Mariam (1 undian)
11. Norhayati (1 undian)

Oleh itu, dengan kuasa yang ada pada saya, saya mengumumkan bahawa Calon sanimah memenangi pilihan raya ini. Beliau membawa pulang set pinggan mangkuk beserta set pelamin dari Mary Boutique..Tahniah!!!

15 July 2009

Jalankan Tanggungjawab Anda

"Mari lah mari~
Kita mengundi~
Jalankanlah kewajipan~
Pada OUM~
lalalalalalaaa~"


HAHAHAHAA.


Moderator kita Encik Epi yang merasa dirinya telah selamat dari permainan mengasyikkan ini dengan sengaja telah memasukkan poll ke dalam blog yang suci murni ini. Sekarang, sila alihkan bebola biji mata anda ke arah timur blog ini. Jika anda menjumpai poll seperti berikut;

TAHNIAH anda berada di blog yang betul jalan yang benar!


Jadi tunggu apa lagi rakan-rakan, JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA. Mengundi dengan bijak! Tarikh tutup untuk mengundi akan ditentukan oleh Encik Epi sendiri selaku penganjur poll ini.


Keputusan undian setakat ini (15 Julai 2009, Wednesday);

  1. Ah Chaw (1 vote)
  2. Rosli (1 vote)
  3. Kaka' (1 vote)
  4. Marina (1 vote)
  5. Clarice (1 vote)
  6. Zarina (1 vote)
  7. Zashima ( 2 votes)
  8. Sanimah (6 votes)
  9. Vu-JiE (1 vote) -Undi rosak. Tidak diterima akal.-

Jelas lagi nyata nampaknya saudari Sanimah mula mengungguli carta poll ini. Calon yang lain apa lagi, mulakan kempen anda!



"SETIAP UNDI ADALAH DOA"

13 July 2009

Selamat Datang Junior2..

Selamat datang kami ucapkan kepada semua bakal2 guru pelatih baharu ambilan Julai 2009. Kepada mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke IPGM Kampus Keningau, selamat menyertai 'our family'.

Kepada para ibu bapa yang datang jauh dari seluruh pelosok Sabah, Sarawak dan Semenanjung, kami ucapkan tahniah kerana anak2 anda terpilih mengikuti bidang perguruan di IPGM Kampus Keningau selama 5 1/2 tahun..

Di sini ada beberapa info ingin saya kongsi dengan tetamu blog ini :

Kursus Bahasa Inggeris/Kesusasteraan Inggeris/MathSc
Lelaki : 3 orang, perempuan 16 orang, jumlah 10 orang.

Kursus Bahasa Melayu/Pendidikan Jasmani/Pendidikan Seni Visual
Lelaki : 8 orang, perempuan 11 orang, jumlah 19 orang.

Kursus Bahasa Melayu/Pendidikan Jasmani/Pengajian Sosial
Lelaki : 13 orang, perempuan 3 orang, jumlah 16 orang.

Kursus Matematik/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Lelaki : 7 orang, perempuan 13 orang, jumlah 20 orang.

Kursus Pendidikan Jasmani/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Lelaki : 13 orang, perempuan 5 orang, jumlah 18 orang.

Kursus Pendidikan Seni Visual/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Lelaki : 8 orang, perempuan 13 orang, jumlah 21 orang.

Kursus Sains/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Lelaki : 10 orang, perempuan 7 orang, jum;ah 17 orang

"Sepakat Kolektif & Menjulang Kecemerlangan"

10 July 2009

PISMP dimansuhkan!!

Mesti korang terkejutkan tengok tajuk di atas?akupun terkejut gak. Tapi maklumat nie betul, siap ada pengumuman dalam surat khabar Utusan Malaysia semalam. Nie aku paste kat sini, jangan kata aku tipu lak..

KUALA LUMPUR 9 Julai - Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) merasa amat lega kerana keputusan muktamad mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akhirnya telah dibuat.

Beliau yang kini memegang portfolio Menteri Dalam Negeri berkata, melalui pemansuhan PPSMI itu, maka sudah tiba masanya untuk semua pihak melihat ke hadapan dalam aspek pembangunan pendidikan negara.

Kata beliau, sudah tidak ada guna lagi jika sebarang isu berkaitan PPSMI hendak dibangkitkan oleh mana-mana pihak kerana keputusan kerajaan itu dibuat berdasarkan fakta yang tidak boleh ditolak.

Jelas Hishammuddin, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang proaktif dan bersifat prihatin sebelum memutuskan untuk memansuhkan PPSMI.

"Perbincangan meja-meja bulat dengan seramai mungkin pihak berkepentingan, akhirnya bukan mengambil langkah ke belakang tetapi dasar baru dengan memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya menjelang 2012.


Eh silap lagi, PPSMI rupanya dimansuhkan, ingatkan PISMP tadi..hehehe..sori2..tersengaja lah pulak... :) :p

Moral for today : Jangan dengar khabar angin kerana angin tak leh berkata2..hehehe..

05 July 2009

Selamat Berpraktikum...



Salam semua..

esok iaitu 6 Julai 2009 akan bermulalah hari yang baru bagi budak2 pismk-oum kajian sosial semester 8 kerana kami semua akan mengikuti praktikum fasa 3 di sekolah yang telah ditentukan unit praktikum..Terima kasih kepada En Suffian dan En Amjah sebab menguruskan penempatan kami dengan sempurna dan baik.

Kepada kawan2 yang akan mengikuti praktikum esok, jalankan tugas dengan baik. Buktikan bahawa kita adalah yang terbaik antara yang terbaik. Setiap kali kita praktikum, pasti ada sekolah yang akan meminta kita datang semula ke sekolah mereka. Itu buktinya kehadiran kita dihargai oleh mereka.

Ingat, kita bukan sahaja menjadi pendidik tetapi kita juga merupakan penggerak komuniti sekolah. Bantulah pihak sekolah sekadar yang kita mampu, jikalau ada kelebihan ilmu dan kemahiran di pihak kita, tak salah rasanya berkongsi dengan guru2 di sekolah. Dan sekiranya rasa diri sendiri kurang kemahiran dan oengetahuan, janganlah malas dan malu untuk bertanya pada mereka yang lebih mahir..

Apa2pun aku ucapkan selamat berpraktikum kat korang semua. Apa2 maklumat terkini, rajin2lah cari di sini ek..Bye..adios....

Salam..dari meja moderator Epi

29 June 2009

Soalan Tugasan

Sedut Sedut Sedut~ Mari menyeduttt~
HAHAHAHA.


Click saja.

HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas

HBSS4303 Pengenalan Antropologi



Oh ya. Jangan lupa esok taklimat praktikum pukul 8 am, 30 Jun 2009, di bilik simulasi Pusat Sumber.



p.s. encik moderator, aku dah update lagi. sila belanja selepas elaun keluar. alah belanja ja pun.. hahaha.

28 June 2009

Haram Nikahi Gadis Sekampung



Pada masa cuti yang lepas aku sempat menghadiri kenduri kawan lama di Ijok. Dapat lah jugak jumpa kawan-kawan lama, ada yang dah keja, ada yang dok menanam anggur lagi. Pada majlis akad nikah sebelah malamnya yang diadakan di masjid batu 8, terdapat fatwa baru yang telah ditimbulkan oleh jurunikah kawasan tersebut. Menurut jurunikah tersebut, Islam tidak membenarkan mana-mana lelaki Islam menikahi gadis sekampung. Hal ini dikatakan kerana menyalahi sistem perundangan Islam itu sendiri. Apa lagi, cuak lah bakal pengantin. Jangan kata bakal pengantin, bapak pengantin, kawan2 pengantin semuanya cuak. Aku lagi cuak, maklumlah gadis yang kawan aku nak kawin tue memang satu kampung dengannya. Ikuti perbualan yang aku rekodkan ni :

Tok kadi : Kita sebagai umat Islam perlu tahu, sempurnanya iman seseorang umat Islam apabila dia berkahwin.

Tetamu : Betul2..(sambil anggukkan kepala)

Tok kadi : Namun perlu diingatkan, kerja kawin ni bukan mudah. Haram bagi si lelaki sekiranya ingin menikahi gadis sekampung.

Pengantin lelaki : err..(muka dah cuak)

Bapak pengantin : Kenapa pulak tok? hukum mana tok ikut nie?

Tok kadi : Hukum Islam la, kenapa?tak pecaya?

Bapak pengantin : aah tak pecayala tok, takkan nak cari gadis bandar baru leh kawin. tak adil tok...

Tok kadi : Betul apa yang saya cakap tadi. awak bayangkan lah, nak kawin dengan seorang gadispun mempunyai tanggungjawab yang berat, inikan pula nak kawin dengan gadis satu kampung. tak ke berat tanggungjawab tue..awak tak faham ayat2 saya tadi tue...

hahahahha...satu masjid ketawa, sabar ajela tok kadi nie..dia lawak rupanya..betul gak cakap dia, haram bagi lelaki menikahi gadis sekampung. paling banyak pun kawin sampai 4 orang aje, inikan sekampung..hahahahaha...


kisah benar ini dijayakan oleh :

Epi sebagai tok kadi
Musa sebagai pengantin lelaki
Mariam sebagai pengantin perempuan
Ah chaw sebagai bapak pengantin lelaki
dan rakan2 pismk yang lain sebagai watak tambahan


hehhehehe...yuhuuuuu..best kenakan orang nie...kui..kui...kui...

Kursus Kejurulatihan Bola sepak Pra-C (anjuran FAM)

Bertempat di IPGM Kampus Keningau, dengan kerjasama Bahagian Sukan, Seni dan Ko-kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), satu kursus kejurulatihan pra-c telah berlangsung dengan jayanya dari 22-26 Jun 2009. Instruktor bagi kursus ini adalah Tn Hj Norizan Bakar yang merupakan bekas jurulatih kebangsaan..Di sini saya paparkan beberapa gambar kenangan untuk tatapan semua..adios..





27 June 2009

Selamat Ber-Praktikum

SENARAI PENEMPATAN PRAKTIKUM
TEMPOH : 6 JULAI HINGGA 14 OGOS 2009


SK MININIPIR
1. Abdullah Sanim bin Jaapar
2. Muhammad Rosli bin Yusoff


SK BANJAR
1. Adriana binti Muhamad Akhir
2. Norhayati binti Abd. Latip


SK PEKAN KENINGAU II
1. Azfar Zhafran bin Mohamad Najib
2. Mohd. Alfizari bin Abd Rahman


SK ANSIP
1. Clarice John
2. Marina Nicholas


SK APIN-APIN
1. Lee Lip Chaw
2. Zarina binti Satar


SK JAYA BARU
1. Mariam binti Basir
2. Musafarudin bin Othman
3. Zashima binti Ahmad Sibi


SK TAURID TAUD
1. Masferanah binti Marimin
2. Santi binti Pani


SK KG. BIAH
1. Mohamad Akmal bin Mat Rodzee
2. Sanimah binti Tali


SK KG. KENINGAU
1. Nasiruddin bin Jafary
2. Siti Hafizarina binti Manju


p.s. Senarai pensyarah major dan minor tidak saya sertakan sebab masih ada perubahan. :D
p.s.s Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila berurusan dengan unit praktikum.

26 June 2009

Secebis rasa..

JIKA KAMU MENADAH AIR BIARLAH BERPADA, JANGANLAH TERLALU MENGHARAP PADA TAKUNGANNYA DAN JANGANLAH MENGANGGAP IANYA TERLALU TEGUH..CUKUPLAH SEKADAR KEPERLUANMU...

APABILA IA RETAK, TENTU SUKAR UNTUK KAMU MENAMPALNYA SEMULA..AKHIRNYA IA DIBUANG..SEDANGKAN JIKA KAMU CUBA MEMBAIKINYA MUNGKIN IA MASIH BOLEH DIGUNAKAN LAGI...

BEGITULAH DIUMPAMAKAN JIKA KAMU MEMILIKI SESEORANG, TERIMALAH IANYA SEADANYA...JANGANLAH TERLALU MENGAGUMINYA DAN JANGANLAH KAMU MENGANGGAPNYA BEGITU ISTIMEWA..DAN JANGANLAH PULA TERLALU MENGECEWAKANNYA..MUNGKIN, JIKA KAMU TIDAK MEMPUNYAI JODOH DENGANNYA DI DUNIA INI, TIDAK MUSTAHIL KAMU AKAN BERTEMU DENGANNYA DI AKHIRAT NANTI...

Setiap yang hidup pasti mati...

Setiap yang HIDUP pasti MATI. Mikaeel atau Micheal Jackson si King of Pop yang hidup dengan penuh misteri telah meninggal dunia juga dengan penuh misteri.

Micheal Jackson telah melalui beberapa pembedahan untuk merubah penampilannya sehingga akhirnya memberi kesan yang buruk kepada tubuh dan penampilannya. Pengajaraan yang kita boleh ambil sesungguhnya kejadian ALLAH itu sudah sangat sempurna walau bagaimanapun bentuknya samada lengkap sempurna atau cacat anggota. Lihat sahaja mereka yang cacat penglihatan tetapi dikurniakan ALLAH dengan penglihatan hati yang lebih cerah dari kita yang sempurna kelihatan.

Kesungguhan dan kerjakuat yang Micheal Jackson tunjukkan sehingga berjaya membina satu brand yang hebat "Micheal Jackson King of Pop" perlu kita contohi dalam membina kerjaya dan perniagaan.
Tiada erti KEJAYAAN tanpa usaha kuat.

Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan NAMA...tapi kalau kita yang MATI apalah agaknya yang tinggal...entah hari ini, besok, lusa ..kita pun tak tahu....bersedialah jangan terlalai.

29 May 2009

Selamat Bercuti!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kepada semua warga PISMK OUM, semoga cuti selama tiga minggu ini membawa satu pengalaman yang dapat dikongsi bersama semua..hohoho..ayat skema pula..kamu semua jangan nakal-nakal aaa...

>>masferr<<

18 May 2009

Exam makin menghampiri..




Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menduduki exam. Kepada geng pismk-oum, study smart not study hard..paling penting jaga kesihatan memandangkan sekarang ni musim demam..apa2pun, wish u all gud luck in exam..kita semakin menghampiri peperiksaa, kita juga semakin menghampiri semester akhir..dan yang pasti kita semakin menghampiri PERPISAHAN..

12 May 2009

Selamat Hari Guru 2009






terima kasih cikgu yang mengajarku membaca
terima kasih cikgu yang mengajarku menulis
terima kasih cikgu yang mengajarku melukis
terima kasih cikgu yang mengajarku mewarna
terima kasih cikgu yang mengajarku mengira
terima kasih guru yang mengajarku erti hidup
terima kasih guru yang mengajarku mengenal diri

terima kasih guru terawal – ibu dan ayah
terima kasih guru muqaddam
terima kasih guru tadika
terima kasih cikgu sekolah
terima kasih pensyarah
terima kasih guru sejati

jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ini

terima kasih, selamat hari guru...

Rotan Anak Depan Ibu Bapa

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - "Bawa ibu bapa pelajar untuk saksikan sendiri hukuman rotan ke atas anak mereka supaya tidak timbul salah faham dan rasa tidak puas hati.''

Demikian cadangan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan sambil menjelaskan, tindakan tersebut dapat memberi keinsafan kepada ibu bapa untuk menangani masalah disiplin anak-anak.

Ketika dihubungi semalam beliau yakin kehadiran ibu bapa amat penting kerana mereka akan melihat sendiri bagaimana hukuman rotan dijalankan dan dapat mengetahui masalah disiplin membabitkan anak mereka.

Mohamad Ali mengulas cadangan Kesatuan Guru Sarawak (STU) yang mahu satu kajian semula berhubung hukuman rotan di sekolah dijalankan termasuk memperkenalkan hukuman rotan untuk pelajar perempuan.

Katanya, hukuman rotan perlu dijalankan secara adil dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan serta turut membabitkan pelajar-pelajar perempuan sama ada di sekolah rendah atau menengah.

Sumber dipetik daripada Kosmo Online (12 Mei 2009)

By azma

11 May 2009

Fokus : Hari Guru : Membina Negara Bangsa



Selain mengajar, guru ibu bapa kedua berperanan mencorak masa depan pelajar

JASA dan pengorbanan guru dalam memenuhi tanggungjawab mendidik anak bangsa sememangnya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Sejak dulu hingga kini, profesion itu disanjung tinggi di kalangan masyarakat yang menyifatkannya sebagai kerjaya mulia dan berjasa.

Justeru, tidak hairanlah jika setiap tahun, pada tanggal 16 Mei, sambutan Hari Guru diadakan bagi meraikan dan menghargai warga pendidik yang bertungkus-lumus menabur jasa dan bakti demi memastikan anak bangsa berjaya.

Bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa, Hari Guru ke-38 tahun ini disambut dengan kemuncaknya di peringkat kebangsaan yang bakal diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata tema itu sejajar dengan teras pertama Pelan Induk Pendidikan Negara (PIPP), Kementerian Pelajaran, iaitu Membina Negara Bangsa.


Katanya, implikasi tema itu amat besar kepada guru yang menjadi aset utama kecemerlangan pendidikan negara kerana asas bagi mewujudkan negara bangsa yang kukuh adalah menerusi pendidikan.

“Proses pendidikan di sekolah menyediakan pelbagai pengisian merentasi kurikulum yang mampu memupuk nilai positif kepada pelajar merangkumi penerapan nilai murni, semangat patriotik dan perpaduan kaum.

“Pemupukan nilai positif menerusi pendidikan dilihat lebih mudah kerana di sinilah guru berperanan sebagai pembimbing, penunjuk ajar dan pemandu kepada pelajar.

“Namun dalam usaha menyuntik nilai murni ini, guru sewajarnya terlebih dulu menjadi contoh pengamal nilai berkenaan. Guru perlu memiliki peribadi cemerlang dan menjadi teladan terbaik kerana tutur kata serta tindak tanduk mereka

menjadi perhatian dan rujukan pelajar, ibu bapa dan masyarakat,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau menjelaskan, profesion guru masa kini berada di tahap yang baik kerana pelbagai keistimewaan dan insentif diberikan kerajaan kepada warga pendidik.

“Contohnya, tahun lalu kira-kira 6,000 guru berpeluang menikmati kenaikan pangkat dan gred menerusi pelbagai saluran berbeza seperti kenaikan secara time-based, selain dinaikkan pangkat sebagai guru dan pengetua cemerlang,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran guru masa kini, Alimuddin berkata, ramai menyedari guru tidak boleh lari daripada cabaran dan kekangan dalam menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pendidik.

Malah beliau berkata, guru bukan setakat pendidik, malah tanggungjawab mereka lebih luas termasuk bertindak sebagai ibu bapa kedua yang berperanan mencorak masa depan pelajar.

Justeru, katanya, pengamalan sikap proaktif, berdaya saing, bersemangat kental, berakhlak mulia serta ketrampilan perlu menjadi amalan dan budaya kerja di kalangan guru.

Sambil menyifatkan sambutan Hari Guru sebagai hari untuk guru bermuhasabah diri, beliau berkata, mereka wajar menanam keazaman dan tekad untuk melengkap diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, selain memperbaiki kelemahan sedia ada.

“Inilah masa untuk kita muhasabah diri, tanamkan tekad, tingkatkan prestasi demi tanggungjawab mendidik anak bangsa dan negara pada masa depan,” katanya.

Meskipun tugas guru kini semakin mencabar seiring perkembangan pesat dalam bidang pendidikan, Alimuddin berkata, profesion itu tetap menjadi antara kerjaya pilihan utama generasi muda.

Malah, beliau berkata, permohonan calon dari seluruh negara untuk kemasukan ke institut pendidikan guru meningkat setiap tahun dengan jumlahnya meningkat berkali ganda berbanding bilangan tempat disediakan.

Beliau turut mengakui pihaknya tidak lekang berdepan dengan pelbagai masalah dan rungutan segelintir masyarakat yang sering melontarkan ketidakpuasan hati terhadap tindakan atau perubahan dilaksanakan kerajaan kepada guru.

“Kita sentiasa terbuka menerima kritikan, rungutan mahupun pandangan masyarakat khususnya warga pendidik dalam apa juga isu dan dasar sebegini sudah lama dipraktikkan.

“Malah apa yang kita lakukan hari ini adalah sejajar dengan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang ditekankan kepemimpinan baru negara diterajui Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Mengulas mengenai sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2009, katanya, ia amat bermakna kerana diraikan bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, lebih 1,000 tetamu di kalangan wakil pelbagai peringkat warga pendidikan dari seluruh negara akan hadir memeriahkan majlis pelancaran perayaan kali ini.

Selain penganugerahan Tokoh Guru dan pengurusan, katanya, sambutan kali ini akan menyaksikan pelancaran Buku Standard Kualiti Guru Malaysia terbitan Bahagian Pendidikan Guru sebagai instrumen terkini menilai pencapaian guru seluruh negara.

“Turut diadakan, Majlis Menjunjung Budi yang bakal dihadiri 200 guru di sekolah yang dikelaskan sebagai banyak cabaran seperti di pedalaman, penempatan Orang Asli, pulau, Sabah dan Sarawak, di samping di bandar besar seperti Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sebagai jemputan khas,” katanya.


By marina

Dimuat turun daripada Berita Harian Online (11 Mei 2009)

Dasar HEP universiti, kolej digubal

Oleh Azman Mahmood
azmanm@bharian.com.my

Kementerian kumpul pandangan, luahan rasa mahasiswa terhadap kerajaan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi tidak menolak kemungkinan menggubal satu dasar khusus berkaitan Hal Ehwal Pelajar (HEP) selaras dengan cita rasa dan harapan mahasiswa untuk bersuara serta menyatakan pandangan terhadap kerajaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata perkara itu hanya akan ditentukan selepas beliau mengumpul semua cadangan, pandangan serta luahan rasa pelajar menerusi program Misi "Menyelami Minda Pelajar" (3M).

Katanya, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) juga perlu memberi sepenuhnya ruang kepada mahasiswa bersuara dan menyatakan pandangan tanpa terikat dengan agenda institusi berkenaan. "Saya tidak menolak kemungkinan membentuk satu dasar (HEP) yang bersifat lebih mesra pelajar.

"Kita perlu menghormati mahasiswa dan jangan melayan mereka seperti pelajar sekolah dan melabel pembangkang apabila mengkritik kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Misi 3M bersama pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kediaman Siswa UTM di Setapak Jaya di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Kampus Antarabangsa UTM, Datin Prof Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Dekan Kolej Sains dan Teknologi UTM Kampus Antarabangsa, Prof Datuk Ir Dr Azahari Md Salleh. Ditanya pemimpin parti pembangkang kini boleh memasuki kampus IPT bertemu pelajar sekali gus akan memberi kesan kepada pengaruh kerajaan untuk jangka panjang, Saifuddin berkata kampus adalah tempat mendidik pelajar berpolitik.

"Sebenarnya sebelum AUKU dipinda pada 1975, pergerakan pelajar di kampus yang mencorakkan politik di luar institusi itu menerusi debat pelajar berkaitan politik sehingga membentuk pelbagai pandangan di kalangan masyarakat," katanya.

Mengenai program 3M, Saifuddin yang bertanggungjawab mengenai HEP IPT berkata, ia bertujuan mendekati mahasiswa secara terus tanpa protokol.

Katanya, program itu sudah berjalan selama sebulan bagi peringkat pertama dan sehingga kini lebih 3,200 pelajar dari lapan IPTA, IPTS (empat), Politeknik (tiga) dan Kolej Komuniti (dua) sudah ditemui dan berdialog. "Saya mahu dapatkan maklumat terus daripada mahasiswa seperti isu dan masalah yang mereka hadapi selain untuk mengetahui idea atau cadangan mereka yang ingin diketengahkan kepada kementerian (Pengajian Tinggi) dan kerajaan yang boleh diambil kira untuk dilaksanakan.

"Antara yang mereka suarakan kebimbangan berkaitan isu graduan menganggur, kebajikan mahasiswa, politik kampus, senario semasa politik negara dan isu pembiayaan pendidikan," katanya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan pelajar pada sesi soal jawab program 3M, beliau mengingatkan pelajar Bumiputera tidak terlalu bergantung kepada kuota untuk memasuki IPTA pada masa akan datang.

Beliau berkata, mereka perlu bersaing dan membuktikan kemampuan untuk berjaya setanding dengan pelajar bukan Bumiputera.

"Kita jangan terus bergantung kepada kuota, sebaliknya meritokrasi akan menentukan sejauh mana kebolehan kita," katanya.



by tulang_ikan
"lebih mesra pelajar". Ini baru betul.
Oopss tiada niat lain. Hanya berkongsi dapatan ilmu.


Sumber dari Berita Harian Online.

04 May 2009

Delegasi MQA..selamat datang kami ucapkan..



Ramai yang bertanya kami apa itu MQA? kenapa MQA kena datang setiap IPGM untuk pantau beberapa perkara tentang kursus kita? meh kita baca sedikit info tentang MQA..
...................................................................................................


What is MQA? MQA was known previously as LAN which is stand for LEMBAGA AKREDITASI NEGARA or in engish National Board Accreditation. MQA is Stand for Malaysian Qualification Agency (Agensi Kelayakan Malaysia). In general.this agency will make sure the quality of the courses that offer in colleges or universities are very good in quality.

The suggestion from minister of higher learning that all the IPT (Institut pengajian tinggi/ higher Learning Institutes) must or Compulsory doing/ applying MQA certificate for the courses that had been offer in their institute is very welcoming. The minister, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said that this to suggestion comes because to measure the the standard the IPT in Malaysia and to make Malaysia become the center of excellent institute.

For Malaysian Ways (MW), we have a experience in this education sector especially in private institution. Being accredited it is very special, it show that our institution and courses that we offer a very good and have quality. But however, in this current situation only conscious private institution that apply for MQA. Why accredited courses have quality? it is because MQA panel will look into detail about the college or universities and its courses. MQA panel well examine the college management structure, facilities that being offer, the lecture qualification, students responds, the classes, college activities, staff development, and many more. MQA panel also will go to classes or lab session to look and value how the lecture present and teach their students.

As a one of member private institution also, MW suggest all private institution must go or apply MQA accreditation it because it will help our students to continue their study in our college or universities. Why MW say it can help... It because many money institution that offer loan for study only accept the application for accredited courses. PTPTN (Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara) also only offer loans to student if the program/course that the attend is accredited, same also to MARA. So being accredited is not only to make our institute have the recognition but also help the students to further their study.
.......................................................................................................

So itula sedikit maklumat tantang MQA..apa2pun kepada semua geng PISMK-OUM Kajian Sosial,selamat menghadapi kehadiran MQA...
Related Posts with Thumbnails
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMJaL1OQpXsw8-qv7HtXx3_gbQaN57fH5JaegpR3m1dIyf7WP8-YMbNsbvzQ2ldFBCeunaRXu0e8uuwYiumMni14p7k63xoOD_7bL9rkLSBNMU1oDd8mS5F6pYPMtuH1Erhi0G16oGEltV/s1600-h/jom_04.png