Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


14 September 2009

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Salam,

selamat bercuti panjang diucapkan kepada seluruh warga pismk-oum khasnya dan seluruh warga IPGM Kampus Keningau amnya kerana akan bercuti panjang bermula 16 Sept. sehingga 27 September ini. Kepada Akmal, Epi, Musa, Rosli dan Adriana yang akan menaiki pesawat penerbangan untuk pulang ke kampung halaman masing2, jaga diri dan jangan lupa pakai penutup muka ketika di airport!..Kepada kawan2 yang lain, berhati2 di jalanraya ketika ingin pulang bercuti di kampung..

Kepada kawan2 yang beragama Islam, kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Jikalau ada salah dan silap haraplah dimaafkan..kalau ada kuih raya lebih, bawak2lah balik nanti ek..hehehe..





11 September 2009

Ubat Segala Gelisah..

Alahai, apesal semua nampak tension aje nie?..relax laaa..jom rehat2kan otak korang tue kat sini..


























Dah lega ckit?, haa..baru la best nak wat keja balik..ok2 sambung kerja balik ek..bye..

09 September 2009

Dengarkan Ratuku..




Ratuku...
Inginku luahkan,
Apa yang sudah lama inginku luahkan,
Tentang kebimbanganku ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
Di petik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah.

Ratuku...
Kebimbanganku ini masih menebal,
Apabila ku dengar,
Dengungan kumbang perosak,
Yang cuba menyedut madumu,
Walau tanpa relamu.

Ratuku...
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila ku melihat,
Bunga yang tidak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya,
Ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman,
Yang sebelum ini melindunginya.

Ratuku...
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi,
Ratu idaman hatiku,
Kerana apa yang aku lihat hari ini,
Semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh.

Ratuku...
Bukanlahku harap,
Kau segigih Siti Hajar,
Yang berlari-lari,
Antara Safa dan Marwah,
Bukan juga sesetia Ainul Mardiah,
Yang menanti kekasihnya di pintu Syurga.

Ratuku...
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Engkau bukan Aishah,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah,
Wanita suci terpuji,
Kerana aku tidak layak,
Berharap sedemikian rupa.

Cukuplah sekadar,
Kau cuba mencontohi,
Bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi,
Sehingga harumannya,
Melewati pintu-pintu Syurga.

Jangan kau risau ratuku,
Kadang kala musim berganti,
Sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar,
Tapi itu,
Hanya ujian buatmu.

Ratuku...
Esok musim bunga pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang ku harapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar,
Memetik mu lagi.

Jangan goda kumbang-kumbang ganas,
Menghisap madumu,
Jangan biarkan,
Gagak-gagak hitam itu,
Merosakkan serimu,
Kerana kau RATU IDAMAN KALBU.

Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya.
Tapi bukan itu yang ku harapkan,
Aku yakin ratuku,
Masih ada sinar harapan,
Yang membuatku tersenyum lega,
Kerana akan ku temui,
RATU yang benar-benar RATU.

08 September 2009

Soalan Antropologi Baru..

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan soalan antropologi yang baru. Diharap sila siapkan tugasan antropologi korang berpandukan soalan baru ini..Sekian, terima kasih..



SOALAN TUGASAN


Antropologi merupakan suatu disiplin ilmu yang berminat untuk mengetahui serba serbi tentang manusia yang antaranya membincangkan tentang wujudnya manusia sebagai insan sosial, tentang bagaimana mereka hidup dalam pelbagai jenis masyarakat di serata pelosok dunia.

Sebagai seorang pelajar bidang antropologi, anda diminta menjalankan SATU penyelidikan lapangan tentang DUA jenis suku kaum dalam masyarakat di kawasan penempatan anda dan buat penyelidikan berdasarkan perkara-perkara berikut:

(a) Hurai dan bincangkan corak kehidupan kedua-dua suku kaum yang dipilih daripada segi sistem:
(i) Perkahwinan;
(ii) Kepercayaan dan agama;
(iii) Ekonomi; DAN
(iv) Politik dan Kepimpinan
(20 markah)

(b) Bincangkan persamaan dan perbezaan budaya yang wujud di antara kedua-dua suku kaum yang dikaji. Sila kaitkan persamaan dan perbezaan budaya tersebut berdasarkan ciri-ciri budaya:
(i) Budaya Dikongsi;
(ii) Budaya Dipelajari:
(iii) Budaya Tidak Kelihatan;
(iv) Budaya Mempengaruhi Proses-Proses Biologi;
(v) Budaya Saling Berubah;
(vi) Kesejagatan Budaya;
(vii) Budaya Adaptif dan Maladaptif; DAN
(viii) Budaya Bersifat Integratif.

(Rujuk modul; Topik 1, m.s. 5)
(20 markah)

[Jumlah: 40 Markah]

05 September 2009

BBQ BUNSIT

meh la aku tolong update blog kelas kita ni sian betul aku tengok..ni ada gambar-gambar yang kitorang ambik waktu buat BBQ kat bunsit sebelum cuti seminggu yang lalu..yang pegi ialah:

epi, jepa, musa, seli, cacau, masfer, yatet, santi, kaka, yana, inuth, marin sahaja..kitorang pegi ajak satu kelas tapi ini je hamba-hamba yang dapat menyertai kerana yang len ada masalah peribadi dan tak dapat ikut hehehe


04 September 2009








Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png