Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


30 October 2009

Tamatnya sebuah dugaan,,

akhirnya, semalam 29/10/2009 menjadi sejarah apabila kita selesai menduduki exam terakhir untuk program 5 tahun setengah yang kita lalui ni..memang agak sengsara lah exam yang terkahir ni. soalan ekonomi yang boleh buat mata budak2 pismk-oum berpusing 360 darjah macam mata mengkarung..hahahaha..

so, sementara menunggu KISSM yang akan datang minggu depan, apa planning korang? aku, musa, zek dan rosli dah ada planning..tunggu ajela kitorang bentangkan dalam post akan datang ek..hehehhe..kepada budak2 perempuan tu, jangan lupa pulangkan LCD yang korang pinjam untuk tengok movie tu..jangan bawak balik lak..hehehhe..(ini pesanan dari si peminjam)...

bye..see next round..

21 October 2009

Rahsia Besar Abad Ini



Baca tajuk kat ataspun dah buat korang tak keruan aje kan?..aku xtipu, memang nie rahsia besar untuk abad nie..paparazzi dari majalah popular seperti MAST**KA telah merakamkan wajah2 budak PISMK-OUM sewaktu tidur..korang bertuah sebab korang antara yang pertama tengok foto2 ini yang belum lagi diterbitkan dalam majalah terbabit.tengok muka mamat kat atas tue, terkejut sangat2 lah tu.. jom kita tengok apa yang menjadi rahsia besar ni..zasssss...




Yana waktu tido memang comei, macam hamster aje dia kan?..hehehe..apesal macam hamster, tak macam panda ek??..wartawan kami masih siasat perkara ni..




Kesian Ah chaw, dah penat sangat main bola keranjang, sampai tertido kat tanah aje..penat sangatlah tu..hehe




Ni apasal macam tersepit aje?..haa kalo nak tau macam niela gaya tido akmal kalo penat sangat menelaah pelajarannya pada sebelah malam..subjek faveret ulangkaji adalah Dota..wakakakaka..




Clarice kepenatan lepas balik dari Tambunan, sampai tertido dalam selipar santi..kesian kan?..ish3...




Mariam kalo tido memang khusyuk, tapi kalo belaja lagi la kusyukkkkkkk (hehehehe)




Ini foto yang diambil masa marina baru balik dari tunas samudera..seminggu duduk dengan tentera laut, tidopun tegak aje..memang berdisiplin kan?..




Kalo si nasir ni memang macam ni, penat main game macam nielah gayanya..abis nampak semua..hahaha




Amboi sanim, mentang2la ko panjang, sampai kaki ko dah tersepak member sebelah..tak patut..tak patut..




Confius aku tengok sanimah, macam tu ke gaya tido dia?pelik gak..hehehe..penat study kot..




Shima tido tenang aje peluk hello kitty tu..tapi dia tak tau, hello kitty tu dah sesak nafas pasal tak leh pegi tandas..hahahaha




Ramai tak tau inilah gaya sebenar zaza waktu tido, cukup santai dan tergantung..inilah yang buat abg lunca dia tertawan...ayunya...hahahahaha




Foto ni diambil waktu blackout baru2 nie..kelihatan cahya, mas, santi, kaka dan cik n** sedang lena dibuai mimpi..begitu erat hubungan mereka. inilah konsep 1Malaysia..mesrakan mereka??hahahhaha




Wajah kepenatan zek kelihatan lepas hantar bapak mertua dia balik baru2 ni..penat sangatlah tu..




Musa sekarang kuat betul tido, asal kenyang aje mula lah nak landing..tak kisah kat mana, asal leh tido..macam harimau dah aku tengok..korang setuju tak?




Korang rasa nie saper?ini rosli la..kepenatan main tenis semalam..berani panggil la dia..itupun kalo berani laa..hahahaha..




terakhir sekali, ini foto siapa?ini la aksi tido epi..penat sangat nak update blog..asyik dia aje yang update, kesian dia kan..tapi apesal aku rasa macam aku aje ni??emm..konfius2...aku ke ni????

20 October 2009

16 Sept. Hari Malaysia cuti umum

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.

"Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

18 October 2009

ID YAHOO

Salam kepada semua kawan-kawan. Di sini ada satu pengumuman penting. Sekiranya sesiapa yag ada ID YM ini dalam YM list korang -mastet86-, id ym ini telah digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Pemilik sebenar id ini tidak dapat mengakses akaun ini. Diminta kepada semua, terutamanya yang termasuk dalam friend list id ym mastet86, sila abaikan segala chat dari id ini. Terima kasih.


posted by
Masferanah Marimin, PISMK OUM, SEM 8.

Happy Deepavali



Ucapan ini khas kami tujukan kepada pensyarah kami iaitu En D.D.Kumar. "Happy Deepavali, sir"...

Ini adalah beberapa ucapan yang sempat admin blog ini rakamkan untuk Sir D.D.Kumar :

Akmal : Sir, jangan lupa bawak balik Maruku..
Musa : Sir, kami nak angpau. Tak dapat bagi seringgit, dua ringgitpun
jadilah..hehehe..
Epi : Sir, markah tugasan kami semua "A" ye..hehehe..tebal tue kami buat sir..
Mariam : Sir, saya janji tak ponteng kelas sir lagi..

Itulah antara ucapan yang sempat dirakamkan wartawan blog ni iaitu saudara Rosli..

16 October 2009

Kesayangan

Agak-agak next year kamu semua rindu-rinduan kenang-kenangan dengan module ni ka? Next year buku teks dibekalkan seperti biasa kepada kita. Tapi subjek lainlah. Kajian Tempatan. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Pendidikan Jasmani. :D


Agak-agak next year module tu berguna lagi ka? Dont say NO heh.. Bukan banyak berjasa ka module tu? Boleh buat cari duit lagi maa. In case sekolah korang ada cikgu OUM. wooppssiiee.. HAHAHA.


Agak-agak kita posting sekolah dekat-dekat ka? Yalah. Boleh lah kita berkumpul lagi like perhimpunan haram only di padang depan SFX sana makan bakso ramai-ramai. Hehe.


Sedih ka? :'(



Agak-agak next year kamu semua rindu aku ka? HAHAHAHAHA. Baiklah. Baiklah. Aku akhiri entry ini sekarang.

13 October 2009

Syarat masuk IPGM diperketat..

Aku janji mulai tahun depan elak pelatih berhenti sebelum tamat tempoh kursus: Mohd Puad

JERTIH: Syarat kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan diperketatkan, termasuk mensyaratkan semua pelatih menandatangani aku janji mulai tahun depan bagi mengelak mereka tidak menamatkan kursus apabila mendapat tawaran kerja.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata langkah itu bertujuan melahirkan lebih ramai guru berkualiti seiring dengan agenda pembangunan bidang perguruan supaya setaraf dengan standard antarabangsa.

Katanya, antara syarat lain yang akan diberi penekanan kepada calon guru ialah ketrampilan peribadi, minat dan kefahaman mengenai kehendak kerjaya mereka.

"Ketiadaan penekanan terhadap aspek berkenaan menyebabkan ramai calon guru sebelum ini tidak menamatkan kursus apabila mendapat tawaran kerja lain dan tindakan itu merugikan kerajaan.

"Dengan adanya syarat baru terutama aku janji diharap tidak ada lagi masalah pelajar berhenti sebelum tamat pengajian," katanya selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun IPGM Kampus Sultan Mizan ke-10, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Abd Rahman Mokhtar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Mohd Fuad berkata, kerajaan akan menaik taraf semua IPGM seluruh negara supaya mempunyai kemudahan dan modul latihan bertaraf antarabangsa mulai tahun depan.

Katanya, kerajaan akan memanfaatkan peruntukan sebanyak RM5 juta daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) sejajar dengan pengiktirafan badan dunia itu mengenai usaha Malaysia untuk memajukan IPGM supaya menjadi antara yang terbaik di rantau Asia.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah dimaklumkan mengenai peruntukan yang diterima daripada Unesco itu.

Mohd Puad berkata, kini ada 27 IPGM di seluruh negara membabitkan 3,129 pensyarah dan 28,755 pelajar.

Sumber : Berita Harian Online

12 October 2009

Meneruskan Saki Baki Masa Yang Ada..



Sedar tak sedar tinggal beberapa minggu aje lagi untuk kita habiskan masa bersama. Perjalanan 5 tahun setengah ini nampaknya sudah sampai kepada penghujungnya..Realitinya jikalau dahulu sebelah kaki kita berada di alam pekerjaan sebagai guru, kini sebelah kaki lagi menghampiri untuk bergerak ke satu dimensi yang baru juga..Kepada geng PISMK-OUM, masa kita untuk berpisah hampir tiba..hargai sisa-sisa yang ada ini dengan sebaiknya..Kita bertemu dari seluruh Malaysia, dan mungkin kita juga akan bertebaran ke seluruh pelosok Malaysia..apa2pun terjadi, teruskan hubungan yang telah kita mulakan 5 tahun yang lalu ini...

26/10/2009 : exam
02/11/2009 : KISMM
01/12/2009 : Posting
Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png