Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


28 July 2009

IPSM Besut pula ditutup..

KUALA TERENGGANU: Selepas lima institusi pendidikan di negeri ini ditutup berikutan pelajarnya dikesan dijangkiti demam selesema ringan (Influenza Light Illness), kini giliran Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) Besut ditutup selama seminggu apabila tujuh pelajarnya terkena jangkitan sama.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata tujuh pelajar berkenaan dirawat sebagai pesakit luar dan sudah menjalani ujian saringan menentukan sama ada terkena wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) dan keputusannya diketahui dalam masa terdekat.

“Berikutan kes terbaru malam kelmarin itu, kita mengambil keputusan menutup IPSM selama seminggu bermula semalam hingga 2 Ogos ini.

“Kita sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Pelajaran negeri memantau perkembangan terkini terutama di sekolah berasrama yang mempunyai bilangan pelajar ramai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.





Menurutnya, langkah pencegahan turut dipertingkatkan semua institusi pengajian lain termasuk kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan kawasan tumpuan ramai.

Beliau menasihatkan, orang ramai terutama pelajar supaya berjaga-jaga dan menangguhkan aktiviti di luar kawasan terutama membabitkan kumpulan ramai.

“Perkembangan terbaru H1N1 setakat ini menunjukkan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun masih ditahan di wad dan lima pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin disahkan positif H1N1,” katanya.

Kredit : Harian Metro Online

26 July 2009

CEO, General Manager dan Ketua Jabatan..

Iman : Assalamualaikum bos..

Diri : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa.. Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil. VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...Entah ar...

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. Kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali..

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan untuk kami. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji, kebajikan awak saya jaga,Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan. Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya..

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Awak tak melawan Encik Dosa ke?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya..

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta- minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang- kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Saya rimas..

Iman : (Senyum sinis)Maafkan kami tuan..Kami minta diri dulu..Tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat Encik Dosa..Dan ahli jawatankuasanya; vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang, management berterabur..

Iman : Alhamdulillah..Kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi..

Diri : Terima kasih..Panggillah aahli jawatankuasa kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah Encik ma'thurat, Encik Zikir, Encik Solat dan semua ahli jabatan awak ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Amin..Semoga hidup saya kembali tenang..

17 July 2009

Keputusan Pilihanraya PISMK-OUM!!

Dengan menggunakan kuasa yang ada pada saya, dengan ini saya mengumumkan bahawa pilihanraya umum telah ditutup dengan rasminya tepat jam 10 malam tadi. Peti-peti undi daripada 12 pusat pembuangan telah dibawa dengan selamat ke pusat penjumlahan undi 30 saat yang lalu..Dengan ini diumumkan dengan RASMI bahawa keputusan bagi pilihanraya "siapakah dari kelas PISMK-OUM yang akan kahwin dalam masa terdekat ini" seperti berikut :

1. Sanimah (8 undian)
2. zashima (2 undian)
3. siti hafizarina (2 undian)
4. Rosli (2 undian)
5. Ah Chaw (1 undian)
6. Adriana (1 undian)
7. Marina (1 undian)
8. Clarice (1 undian)
9. Zarina (1 undian)
10. Mariam (1 undian)
11. Norhayati (1 undian)

Oleh itu, dengan kuasa yang ada pada saya, saya mengumumkan bahawa Calon sanimah memenangi pilihan raya ini. Beliau membawa pulang set pinggan mangkuk beserta set pelamin dari Mary Boutique..Tahniah!!!

15 July 2009

Jalankan Tanggungjawab Anda

"Mari lah mari~
Kita mengundi~
Jalankanlah kewajipan~
Pada OUM~
lalalalalalaaa~"


HAHAHAHAA.


Moderator kita Encik Epi yang merasa dirinya telah selamat dari permainan mengasyikkan ini dengan sengaja telah memasukkan poll ke dalam blog yang suci murni ini. Sekarang, sila alihkan bebola biji mata anda ke arah timur blog ini. Jika anda menjumpai poll seperti berikut;

TAHNIAH anda berada di blog yang betul jalan yang benar!


Jadi tunggu apa lagi rakan-rakan, JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA. Mengundi dengan bijak! Tarikh tutup untuk mengundi akan ditentukan oleh Encik Epi sendiri selaku penganjur poll ini.


Keputusan undian setakat ini (15 Julai 2009, Wednesday);

  1. Ah Chaw (1 vote)
  2. Rosli (1 vote)
  3. Kaka' (1 vote)
  4. Marina (1 vote)
  5. Clarice (1 vote)
  6. Zarina (1 vote)
  7. Zashima ( 2 votes)
  8. Sanimah (6 votes)
  9. Vu-JiE (1 vote) -Undi rosak. Tidak diterima akal.-

Jelas lagi nyata nampaknya saudari Sanimah mula mengungguli carta poll ini. Calon yang lain apa lagi, mulakan kempen anda!



"SETIAP UNDI ADALAH DOA"

13 July 2009

Selamat Datang Junior2..

Selamat datang kami ucapkan kepada semua bakal2 guru pelatih baharu ambilan Julai 2009. Kepada mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke IPGM Kampus Keningau, selamat menyertai 'our family'.

Kepada para ibu bapa yang datang jauh dari seluruh pelosok Sabah, Sarawak dan Semenanjung, kami ucapkan tahniah kerana anak2 anda terpilih mengikuti bidang perguruan di IPGM Kampus Keningau selama 5 1/2 tahun..

Di sini ada beberapa info ingin saya kongsi dengan tetamu blog ini :

Kursus Bahasa Inggeris/Kesusasteraan Inggeris/MathSc
Lelaki : 3 orang, perempuan 16 orang, jumlah 10 orang.

Kursus Bahasa Melayu/Pendidikan Jasmani/Pendidikan Seni Visual
Lelaki : 8 orang, perempuan 11 orang, jumlah 19 orang.

Kursus Bahasa Melayu/Pendidikan Jasmani/Pengajian Sosial
Lelaki : 13 orang, perempuan 3 orang, jumlah 16 orang.

Kursus Matematik/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Lelaki : 7 orang, perempuan 13 orang, jumlah 20 orang.

Kursus Pendidikan Jasmani/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Lelaki : 13 orang, perempuan 5 orang, jumlah 18 orang.

Kursus Pendidikan Seni Visual/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Lelaki : 8 orang, perempuan 13 orang, jumlah 21 orang.

Kursus Sains/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu
Lelaki : 10 orang, perempuan 7 orang, jum;ah 17 orang

"Sepakat Kolektif & Menjulang Kecemerlangan"

10 July 2009

PISMP dimansuhkan!!

Mesti korang terkejutkan tengok tajuk di atas?akupun terkejut gak. Tapi maklumat nie betul, siap ada pengumuman dalam surat khabar Utusan Malaysia semalam. Nie aku paste kat sini, jangan kata aku tipu lak..

KUALA LUMPUR 9 Julai - Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) merasa amat lega kerana keputusan muktamad mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akhirnya telah dibuat.

Beliau yang kini memegang portfolio Menteri Dalam Negeri berkata, melalui pemansuhan PPSMI itu, maka sudah tiba masanya untuk semua pihak melihat ke hadapan dalam aspek pembangunan pendidikan negara.

Kata beliau, sudah tidak ada guna lagi jika sebarang isu berkaitan PPSMI hendak dibangkitkan oleh mana-mana pihak kerana keputusan kerajaan itu dibuat berdasarkan fakta yang tidak boleh ditolak.

Jelas Hishammuddin, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang proaktif dan bersifat prihatin sebelum memutuskan untuk memansuhkan PPSMI.

"Perbincangan meja-meja bulat dengan seramai mungkin pihak berkepentingan, akhirnya bukan mengambil langkah ke belakang tetapi dasar baru dengan memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya menjelang 2012.


Eh silap lagi, PPSMI rupanya dimansuhkan, ingatkan PISMP tadi..hehehe..sori2..tersengaja lah pulak... :) :p

Moral for today : Jangan dengar khabar angin kerana angin tak leh berkata2..hehehe..

05 July 2009

Selamat Berpraktikum...



Salam semua..

esok iaitu 6 Julai 2009 akan bermulalah hari yang baru bagi budak2 pismk-oum kajian sosial semester 8 kerana kami semua akan mengikuti praktikum fasa 3 di sekolah yang telah ditentukan unit praktikum..Terima kasih kepada En Suffian dan En Amjah sebab menguruskan penempatan kami dengan sempurna dan baik.

Kepada kawan2 yang akan mengikuti praktikum esok, jalankan tugas dengan baik. Buktikan bahawa kita adalah yang terbaik antara yang terbaik. Setiap kali kita praktikum, pasti ada sekolah yang akan meminta kita datang semula ke sekolah mereka. Itu buktinya kehadiran kita dihargai oleh mereka.

Ingat, kita bukan sahaja menjadi pendidik tetapi kita juga merupakan penggerak komuniti sekolah. Bantulah pihak sekolah sekadar yang kita mampu, jikalau ada kelebihan ilmu dan kemahiran di pihak kita, tak salah rasanya berkongsi dengan guru2 di sekolah. Dan sekiranya rasa diri sendiri kurang kemahiran dan oengetahuan, janganlah malas dan malu untuk bertanya pada mereka yang lebih mahir..

Apa2pun aku ucapkan selamat berpraktikum kat korang semua. Apa2 maklumat terkini, rajin2lah cari di sini ek..Bye..adios....

Salam..dari meja moderator Epi
Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png