Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


27 January 2009

Selamat Hari Lahir!!




Permulaan awal tahun 2009 ini, zarina selaku ketua kelas kami telah menyambut hari lahirnya yang ke-23 pada 24 Januari yang lalu dan disusuli pula dengan Marina pada 27 Januari. Kami di PISMK-OUM mengucapkan selamat hari lahir yang ke-23 kepada kedua-duanya..Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

p/s : Memandangkan elaunpun dah masuk, kedua2nya kenalah belanja kami makan KFC..huhuhu

26 January 2009

Selamat Tahun Baru Cina




Kami di PISMK-OUM Kajian Sosial ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada pengarah IPGM Kampus Keningau Puan Penny @ Lim Sai Kiow,pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan yang menyambut Tahun Baru Cina pada tahun ini..kepada rakan kelas kami iaitu Marina Nicholas dan Lee Lip Chaw, kami nak ang pau dengan limau!!..hehehe..

25 January 2009

Tugasan Bagi Semester ini..(Sem 7)

SUBJEK : HBSS 3403 MAKROEKONOMI



SOALAN TUGASAN

Dalam era globalisasi, kebanyakan urusniaga atau aktiviti-aktiviti ekonomi menggunakan wang sebagai alat perantaraan yang berkesan. Jesteru wang adalah satu aset yang diterima ramai untuk mengatasi masalah-masalah dalam system ekonomi terbuka dan tertutup.

1. Berdasarkan kenyataan di atas, secara individu anda dikehendaki:

(a)Mencari, membaca dan mengumpul maklumat berkaitan sejarah wang, bentuk-bentuk wang, fungsi-fungsi wang, institusi kewangan dan teori-teori kewangan daripada pelbagai sumber rujukan. (10 Markah)

(b)Membuat rumusan terhadap maklumat yang diperolehi dan dibaca dalam bentuk pengurusan grafik. Setiap sub tajuk di atas mestilah mengandungi dua pengurusan grafik secara umum dan terperinci. (10 Markah)

(c)Membentangkan rumusan yang dibuat dengan menggunakan perisian MS Power Point dan lain-lain perisian komputer. (10 Markah)

(d)Membuat pengubahsuaian terhadap rumusan berdasarkan maklum balas daripada pensyarah dan rakan sekelas semasa sesi pembentangan. (5 Markah)

(e)Membuat refleksi kendiri tentang proses penyediaan tugasan yang merangkumi aspek:

•Pendirian anda tentang keberkesanan penggunaan wang secara ringkas.
(3 Markah)

•Bentuk-bentuk wang pada masa akan datang. (2 Markah)


[ 40 MARKAH ]



Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang dicapai oleh sesebuah negara dapat memberi gambaran kasar tentang tingkat kebajikan yang dinikmati negara berkenaan.

2. Berdasarkan kenyataan di atas anda diminta:

(a)Mencari, membaca dan mengumpul maklumat berkaitan konsep pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, sejarah pertumbuhan ekonomi Malaysia dari tahun 1970an hingga kini, faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, faktor-faktor yang menghalang pertumbuhan ekonomi, dan galakan kerajaan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara daripada pelbagai sumber rujukan. (5 Markah)

(b)Membuat rumusan terhadap maklumat yang diperolehi dan dibaca dalam bentuk pengurusan grafik. (15 Markah)

(c)Membentangkan rumusan yang dibuat dengan menggunakan perisian MS Power Point dan lain-lain perisian komputer. (10 Markah)

(d)Membuat pengubahsuaian terhadap rumusan berdasarkan maklum balas daripada pensyarah dan rakan sekelas semasa sesi pembentangan. (5 Markah)

(e)Membuat refleksi kendiri tentang proses penyediaan tugasan yang merangkumi aspek:

•Pendirian anda tentang pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Malaysia kini. (3 Markah)

•Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2020. (2 Markah)

[ 40 MARKAH ]
SUBJEK :HBSS 3203 PENGENALAN SOSIOLOGI


SOALAN TUGASAN

Pendidikan adalah ilmu, nilai, dan kepercayaan sebuah masyarakat yang disampaikan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Pendidikan boleh dilaksanakan secara informal atau secara formal. Pendidikan formal iaitu penyampaian ilmu, kemahiran, dan sikap daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya melalui latihan yang sistematik. Latihan ini sering dijalankan dalam organisasi yang mempunyai kepakaran dalam menyediakan arahan dan dijalankan oleh guru yang profesional dan diselia oleh pentadbir yang profesional iaitu dalam sekolah.


1.Anda dikehendaki menjelaskan kepentingan dan penggaplikasian pandangan fungsionalisme dalam konteks pendidikan. Fokus perbincangan anda hendaklah mencakupi: (25 markah)


a.Pengenalan ( 2 markah )

b.Proses sosiologi dalam pendidikan ( 8 markah )

c.Kawalan sosial ( 6 markah )

d.Agen perubahan ( 6 markah )

e.Kesimpulan ( 3 markah )


2.Perubahan dalam organisasi dianggap sebagai satu SASARAN PENTING sama ada dalam organisasi perniagaan atau pun awam. Berasaskan kepada pernyataan di atas, bincangkan beberapa PRINSIP penting yang perlu diambil perhatian oleh sesuatu organisasi dalam merancangkan perubahan.
(15 Markah)
SUBJEK : HBSS 3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR


SOALAN TUGASAN


Interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal menghasilkan impak pada alam sekitar dan kehidupan manusia. Hal ini jelas dengan melihat perkembangan pesat dalam sektor petempatan dan perumahan, pengangkutan dan komunikasi, pertanian, perlombongan, perindustrian dan perbandaran.


1.Pilih mana-mana SATU daripada sektor berkenaan dan laksanakan kajian luar
berkenaan dengan;

(a)Kesan-kesan aktiviti tersebut

(b Cadangan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah-
masalah yang timbul


( 40 markah )
SUBJEK : HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN


SOALAN TUGASAN

Pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani di sekolah merupakan salah satu elemen yang perlu dilaksanakan oleh guru pendidikan jasmani selari dengan mata pelajaran yang lain. Tindakan sedemikian rupa akan dapat memenuhi kehendak dasar pelajaran untuk mengenal pasti kebolehan murid di sekolah. Oleh itu, maka kementerian pelajaran telah menyediakan beberapa instrumen yang berkaitan dengan ujian kecergasan fizikal di sekolah seperti Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan, Ujian Daya Tenaga Asas dan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan.


SOALAN 1

a.Anda dikehendaki menyediakan bateri ujian untuk LIMA (5) komponen yang hendak diuji. Instrumen tersebut terdiri daripada DUA (2) instrument untuk mengukur kecergasan fizikal berasaskan kesihatan, DUA (2) instrument untuk mengukur kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor dan SATU (1) instrument untuk mengukur kemahiran.

b.Setiap instrument hendaklah mengandungi maklumat seperti berikut;
•Pengenalan, pendahuluan
•Nama ujian
•Objektif pengujian
•Fungsi ujian
•Sejarah instrumen
•Korelasi kesahan, kebolehpercayaan, keobjektiviti ( sekiranya ada )
•Prosedur perlaksanaan ujian
•Alatan yang diperlukan
•Limitasi perlaksanaan
•Organisasi pentadbiran ujian

c.Instrumen yang telah lengkap disediakan hendaklah ditadbirkan untuk mendapatkan data dan maklumat. Oleh itu, anda dikehendaki melaksanakan pengujian dan pengukuran dengan memilih subjek terdiri daripada murid Tahap Dua di sekolah dipilih dalam kapasiti sebuah kelas dengan melaksanakan proses yang sewajarnya.

( 20 markah)

SOALAN 2

a.Berdasarkan data dan maklumat hasil pengujian, pengukuran yang telah dilaksanakan, anda dikehendaki membuat rumusan, penilaian dan analisis hasil daripada pengujian tersebut
(10 Markah)



b.Anda dikehendaki membuat perbandingan di antara ke lima-lima instrumen yang telah ditadbirkan.
(5 Markah)


c.Anda dikehendaki membuat pembentangan dengan menggunakan microsoft power point berkaitan hasil, huraian, penilaian,rumusan dan perbandingan daripada pengujan dan pengukuran yang telah dijalankan.
(5 markah)
SUBJEK : HBAE 2103 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

SOALAN TUGASAN

Corak ialah susunan motif samada secara teratur, terancang atau secara bebas. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

Dengan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, imaginasi dan kreativiti yang sedia ada, anda dikehendaki menghasilkan satu hasil karya hiasan dalaman dalam bidang mencorak yang bertemakan mana-mana motif yang sesuai. Anda boleh menggunakan teknik dan media campuran berasaskan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan untuk menghasilkan karya tersebut.

Untuk menghasilkan karya ini setiap tugasan harus menepati perkara-perkara berikut:

Corak hiasan dalaman yang dihasilkan perlu mengaplikasikan kombinasi sekurang-kurangnya tiga teknik seperti catan, resis, mozek, pualaman, percikan dan renjisan dan sebagainya.

Karya tersebut perlu mengikut spesifikasi yang berikut:

Tema: Hiasan Dalaman
Motif: Motif flora, fauna, geometrikal dan organik
Saiz: Kertas lukisan (55 cm x 37 cm)
Bahan: Bebas
Teknik: Mengaplikasikan sekurang-kurang tiga teknik
Susunan: Pilih SATU jenis susunan corak berulang
Persembahan/ kekemasan: Karya tersebut perlu dibingkai (mounting).



1. Mengumpul maklumat dan rujukan tentang karya yang dihasilkan
(5 markah)

2. Proses perkembangan idea dan lakaran yang merangkumi komposisi, kreativiti dan artistik.
(5 markah)

3. Kefahaman dan aplikasi terhadap unsur seni dan prinsip corak dan rekaan.
(5 markah)

4. Membuat penerokaan terhadap alat, media dan teknik yang digunakan
(5 markah)

5. Kemasan dan persembahan.
(5 markah)

6. Hasil Karya – Hiasan Dalaman
(15 markah)

[JUMLAH: 40 MARKAH ]
Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png