Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.

05 January 2010

Apa khabar cikgu2 semua??..

salam..

apa khabar cikgu2 pismk-oum yang mula bertebaran bertugas di sekolah rendah mulai 4 Januari lalu?..terlalu banyak sangat perbezaan ketika belajar dan bekerja ni..kepada kawan2 semua, kongsi2kan pengalaman korang tu di sini...

kepada rakan2 di IPGM Kampus Keningau, teruskan belajar dan kutiplah seberapa banyak pengetahuan yang korang perolehi di IPGM. semuanya tu menjadi panduan terlalu berharga apabila korang mula memasuki sekolah nanti..

kepada semua pengunjung yang setia mengikuti blog ini, maafkan saya dan moderator yang lain kerana tidak berkesempatan mengemaskini blog ni beberapa minggu yang lepas. maklumlah sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kerja yang bertimbun..

apa2 maklumat terkini, akan kami update dari semasa ke semasa....

salam..

26 December 2009

Berterbangan di Seluruh Malaysia

Bakal2 cikgu..apa khabar semua?mungkin kebanyakan dari kita dah tau kan posting kat negeri mana..insyaAllah mulai tahun depan ni..kita semua akan bertaburan di seluruh pelusuk negeri untuk menabur bakti sebagai seorang guru..secara peribadi..sedih juga bila dah x jumpa korang semua..



ni peta malaysia..tahniah untuk kawan2 yang dapat tempat yang di mohon..buat yang x dapat..banyak2 sabar k..mungkin dah rezeki kita di sana..buat informasi..aku cuba senaraikan negeri2 tempat posting kawan2 yang lain..rasanya setakat ni paling ramai dapat di Sarawak..huhu

Marina - Sarawak (Miri)
Cahya - Sarawak (Bintulu)
Inuth - Sarawak (Miri)
Santi - Sarawak (Kapit)
Adriana - Labuan
Rosli - Labuan
Anim - Labuan
Musa - Pahang
Sanim - Pahang
Akmal - Penang
Zack - Sabah
Mas -Sarawak (Miri)
Kaka -Sarawak (Kapit)
Ujie -Sarawak (Miri)
Clarice - Sarawak (Kuching)
Nasir -Sarawak (Sri Aman)
Lee -Sarawak (Mukah)
Epi -Pahang
Shima -Sarawak (Kuching)

Nama - nama yang bertanda soal tu aku xtau posting mana..nnt inform2 k kat blog ni..please keep in touch..senarai nama sekolah insyaAllah keluar dalam minggu ni..sama2 laa kita berdoa semoga dapat tempat bertugas yang baik..yang menjanjikan kejayaan untuk kita semua..

Untuk semua..pandai2 jaga diri di negeri orang..adios~

15 November 2009

Graduation Nite PISMK OUM IPGM Keningau

Cerita dah basi sebenarnya tapi tiada siapa mau update. Takpa. WonderVujie datang menyelamatkan keadaan ini!




Banyak sangat gambar oo. Dan oleh kerana WonderVujie masih macam mamai-mamai bangun pagi belum sarapan perut masih lapar ini, hanya sedikit mampu ku persembahkan padamu sebagai ufti bulan ini. HAHA. Kalau menginginkan gambar lebih banyak tanpa censored, sila secara berjemaah add kami-kami yang mempunyai Facebook. Di situ macam-macam ada. Berbaloi-baloiiii~

Semua yang hadir. Tapi Encik Jais, Encik Johan dan Encik Sanim dah balik awal. Oleh itu terlepas sesi penggambaran ini.

Gaya cucuk bulan. Baiklah WonderVujie memang tak pandai berlakon. Orang semua tengok atas dia sorang tengok camera. Pensyarah tidak termasuk dalam gaya ini. Mereka cool. HEHEHE.

Ok ok. Gambar ini patut letak ataaasss sekali tapi minta maaf WonderVujie malas sekali arrange dia semula. HAHAHA.

Tak. Gambar ini bukan untuk kami. Jangan tengok muka kami. Tapi tolong ya semua. Tolong focus muka Ah Chaw and Nasir. Macam kami ada jemput pelajar dari SK Kura-kura pula. Muka kanak-kanak tak tahan tu. HAHAHA.

Makanan hidangan. Ya, ahli meja kami tak berpeluang menggemuk dengan adanya Zhafran si Michael Jackson tukang baca doa lepas tu dia makan paling banyak. HAHA.

Erk. HAHAHAHA minta sorry banyak-banyak. I cant resist! Layankan je lah gambar ini.




Sekian dari saya WonderVujie. Kembali ke Angkasapuri.

13 November 2009

Karangan Cerita Murid Tahun 4..

Korang pernah baca karangan yang ditulis oleh budak sekolah rendah??mesti pernahkan..mesti terguling2 ketawa masa bacakan?..eleh..korangpun apa kurangnya, masa budak2 dulupun korang mengarang ayat lagi dasyat..hehehe..jom kita tengok salah satu karangan yang sempat aku cilok dari murid tahun 4 kat sekolah tut tut.....hehehhe..dah baca, jangan lupa bagi markah tau..heheheh



Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.

Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.


Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

09 November 2009

Serangan Terbaru : Ranau Dan Kundasang

Jika sebelum ini para pegunjung blog ini telah disajikan dengan cerita tentang beberapa orang pendekar PISMK OUM yang menyerang Mahua, tetapi kali ini lain pula ceritanya..anda percaya atau tidak, batalion tentera kami telah menyerang RANAU PULA dengan berani dan selamber badaknya!!(bukan badak yang menyerang RANAU tu ya. Harap Maklum).. Anda mau tau jln ceritanya bagaimana tentera2 kami menyusun strategi ini..Ikutilah kisah berikut..

Alkisahnya pada suatu hari (yang pasti bukan hari semasa buletin ini di post) beberapa orang pakar2 strategi dan risikan batalion tentera 0609 PISMK OUM pada mulanya merancang untuk menyerang satu daerah nun jauh di utara borneo iaitu KUDAT..Ketua Turus Tentera Darat iaitu Leftenan Jeneral (B) Rosli (title 'B' tu bukan utk 'Bersara' ya, tp utk 'Becoming ;)mengatakan serangan kali ini mungkin akan mengambil tempoh masa yang lama kerana kedudukan yang agak jauh dari markas utama di Keningau. Selain itu beberapa masalah lain yang dihadapi oleh kami ialah bala tentera yang tidak mencukupi selain pengangkutan yang tidak cukup untuk melaksanakan misi kali ini..

Selepas mendapati beberapa masalah yang dihadapi selain masih penat kerana baru sahaja menakluki MAHUA baru2 ini, beberapa orang Pegawai dan Ketua Turus (nama dirahsiakan untuk tujuan KESELAMATAN) yang sebelum ini menjadi tulang belakang kami tidak berani menyahut cabaran kali ini dan menyerah kalah lebih awal. Memandangkan beberapa masalah yang dihadapi, Panglima Angkatan Tentera PISMK OUM bagi program menyerang2 ini iaitu Jen (M) Zack ('M' tu refer to 'Madya' ;) (ade ke Jeneral Madya?Pelik..hihi..biarla) mengubah pelan untuk menyerang daerah strategik lain iaitu RANAU. Mengikut Jen (B) Rosli, daerah kali ini pasti mudah diserang diserang dan ditawan dalam sehari sahaja kerana kedudukannya yang lebih dekat dan hanya memerlukan beberapa orang tentera sahaja.

Setelah tender menyerang dibuka, akhirnya 3 org tentera yang sudi menyerang pada kali ini iaitu Kolonel (B) Marina (Pegawai Perhubungan Tentera), Kolonel (B) Yana (Pegawai Dokumentasi) dan Kolonel (B) Mah (Pegawai Pemerhatian dan Risikan Mendalam) ;>.. Nak dipendekkan cerita, platun tentera yang kecil ini mula bergerak ke RANAU pada jam 8 pg. Tetapi sblm itu, platun ini mengisi perut terlebih dahulu bagi menjana tenaga untuk menyerang. Terima Kasih kpd Jen (B) Yana dan Restoran Rahmat kerana sudi menaja makanan kami pd pagi itu..Gracias =)..

Selepas itu, perjalanan diteruskan (Lokasi persinggahan dan arah jalan kami dirahsiakan untuk tujuan keselamatan lagi ;>). Antara cabaran pertama yang kami hadapi ialah keadaan jalan sepanjang hendak ke Ranau begitu teruk dan sangat menyedihkan..Menurut Kolonel Mah merangkap Pegawai Pemerhatian dan Risikan Mendalam kami, strategi serangan kali ini telah dapat dihidu oleh pihak musuh!Jalan yang teruk ini merupakan strategi mereka untuk melemahkan kami. Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat kami. Berkat kesabaran dan pergerakan yang sedikit perlahan, akhirnya kami berjaya di pekan koboi Ranau pada pukul 11.35 pg.

Kami berhenti rehat untuk mengisi perut lagi..Apa yang kami dapat katakan, perjalanan kali ini adalah amat menjerihkan..

Selepas itu, tanpa membuang masa kami meneruskan perjalanan untuk menyerang dan menawan tempat yang 'panas' yang sesuai dengan namanya iaitu Poring Hot Spring.. Gambar2 berikut telah di tangkap oleh Kolonel (B) Yana merangkap sebagai Pegawai Dokumentasi kami..


Canopy Walk..


Senyum


Mengigil Kesejukan


Aksi Lima Pendekar


Candid....




Selepas kami menawan Poring, kami meneruskan perjalanan untuk menawan Kundasang pula. Mengikut Leftenan Jeneral (B) Rosli, terdapat satu kedai makan yang terkenal dengan sayap dan bontot ayam bakarnya..Memang sedap! sehinggakan Jen (M) Zack yang tidak berapa menggemari bontot ayam bakar sblm ini, mula menggemarinya..hihi.. ;> Selepas itu kami pun memulakan perjalanan pulang ke base camp di Keningau dalam keadaan hujan lebat dan kabus yang tebal. Kami sempat singgah digerai durian untuk menikmati durian dan membeli sedikit buah tangan untuk rakan-rakan tentera kami yang berkawal di base camp Keningau. Akhirnya kami selamat sampai di base camp pada pukul 10.30 mlm di mana sblm itu singgah minum di Dreamland.. Platun kami sangat gembira dengan strategi penyerangan pada kali ini..Tetapi masih adakah strategi2 penyerangan dan penaklukan yang dirancang oleh batalion ini untuk minggu2 yang akan datang? Bersama-sama kita nantikan =)



05 November 2009

Mahua Diserang!!

Agak menggerunkan tajuk post diatas kan?..jangan risau, serangan ini bukannya dilakukan oleh Bintang Tiga atau komunis. Tetapi satu platun PISMK-OUM yang berjumlah 11 orang telah berjaya menjejak air terjun Mahua pada beberapa hari yang lalu (tarikh dirahsiakan untuk ekselamatn negara)..Serangan ini dilakukan dengan menggunakan 2 buah kereta dan 2 buah motosikal..

Pasukan peninjau yang dihantar menerusi motosikal adalah musa dan akmal manakala epi dan zek pula mengetuai 2 buah kereta yang membawa sarat ahli pasukan yang selebihnya (begitu teliti rancangan serangan inikan??hehehhe)..

Mari kita lihat aksi2 candid yang berjaya dirakam oleh jurugambar khas untuk serangan kali ini....



Kelihatan wajah2 yang tak berapa 'segar' kerana tak mandi pagi, kecuali baju biru lengan panjang yang tak pakai tudung tu aje..hahahaha..tekala...








Indahnya Mahua..jangan jelessss...heheheh


KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM)

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia bagi PISMK OUM dan KPLI Januari akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh     : 6 November 2009 (Jumaat) - 26 November 2009 (Khamis)
Tempat   : Dewan Kuliah
Waktu    : 8.00 pagi

Bagi kelas OUM..taklimat akan diadakan bersama - sama KPLI di dewan kuliah sebelum kita diasingkan mengikut kelas..kita tak KISSM satu tempat ngan KPLI..mungkin kita akan kursus di kelas kita sendiri..sebarang pertanyaan lanjut boleh berjumpa dengan EN. AUGUSTINE di Jabatan Ilmu Pendidikan.

Kehadiran adalah WAJIB..budak2 lelaki..tolong maklumkan pada semua k..nnt ada plak yang tdo tak bangun2..hehe

04 November 2009

perhatian!!! GALA NIGHT PISMK OUM 2009

Perhatian kepada semua budak2 PISMK OUM KAJIAN SOSIAL SEMESTER 8..satu majlis GALA NIGHT akan diadakan sempena dengan tamatnya pengajian kita di institut ini..butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 7 November 2009
Waktu :7.30 petang
Tema : Hitam, Merah dan Putih
Bayaran :  RM 37

Setiap orang juga diminta membawa sebuah HADIAH untuk majlis tukar hadiah nanti..sila langsaikan bayaran RM 37 pada ADRIANA sebelum hari sabtu..kalau tak bayar..nanti kita ramai - ramai kena halau kuar dari hotel..kehadiran adalah WAJIB~
Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png