Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


31 March 2009

Salah Siapa??

Jika anda seorang guru dan bertugas di sekolah sudah pasti anda tidak akan lari dari menghadapi masalah yang melibatkan disiplin pelajar. Lebih-lebih lagi jika guru itu merupakan guru disiplin maka segala masalah disiplin pelajar akan dilonggokkan kepada guru tersebut dan kebanyakan guru lain mengambil sikap lepas tangan. Dua unit yang akan terkial-kial menghadapi kerenah pelajar adalah unit kaunseling dan juga unit disiplin. Setelah seseorang pelajar yang melanggar displin dikenakan hukuman ataupun denda ia akan dirujuk pula kepada unit kaunseling bagi menjalani sesi kaunseling individu ataupun sesi kaunseling kelompok. Semuanya bertujuan untuk 'membetulkan' sikap buruk pelajar tadi dengan harapan selepas itu tidak ada lagi masalah disiplin yang ditimbulkan.

Namun biasanya masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar itu adalah berulang-ulang.Walaupun telah dikenakan denda, hukuman, diberi nasihat, menghadiri sesi kaunseling dan sebagainya tapi pelajar-pelajar yang terlibat ini akan terus mengulangi kesalahan-kesalahan sehingga guru disiplin naik berang, guru kaunseling pening kepala dan pentadbir sekolah hilang punca bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut yang berlaku setiap masa dari dahulu hingga sekarang dan sudah pasti di masa depan juga perkara ini akan berlaku sehingga manusia telah benar-benar jadi baik seperti malaikat!

Jadi, di mana silapnya ye sistem pendidikan kita ni? Adakah benar sistem pendidikan yang silap ataupun didikan guru yang tak betul ataupun didikan ibubapa yang salah? Kalau kita mencari salah maka akan jadilah seperti lagu ' Bangau Oh Bangau"! Masing-masing sibuk menuding jari menyalahkan orang lain. Aku betul, engkau salah! Aku sudah buat yang terbaik tapi engkau tengok saja. Bukan salah aku. Aku sudah buat kerja aku!

Ayat-ayat macam tu kerap kedengaran apabila kita menghadapi sesuatu masalah. Tidak kiralah masalah apapun baik di mana sahaja. Kalau kita nak senaraikan satu persatu masalah sosial di Malaysia ni, seratus muka surat pun belum tentu cukup!

Sebenarnya semua orang perlu berperanan dan berfungsi. Kefungsian seseorang itu bergantung juga kepada kewibawaan ketua. Jika di rumah ayah atau suami akan bertindak sebagai ketua yang perlu menentukan kelancaran dan keharmonian sesebuah rumah tangga itu. Jika disesebuah jabatan maka ketua jabatan perlu berperanan dan berfungsi dengan cara yang berhemah bagi mempastikan anak-anak buah melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin di peringkat tertinggi juga perlu bertindak sebagai seorang ketua yang berwibawa dengan berperibadi mulia, jujur, amanah dan sedar tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sudah pasti segala masalah yang timbul akan dapat diatasi dengan baik dan dapat memberi manfaat kepada semua orang.

Yang menjadi masalah sekarang ialah kegagalan segelintir ketua-ketua ini berfungsi dengan baik. Kadang-kadang nampak baik tapi buruk di sebaliknya. Ini yang perlu diambil iktibar oleh semua. Selagi diri kita sendiri gagal diperbaiki maka selagi itulah segala masalah yang melanda negara kita, baik di sekolah ke, di jabatan ke, walau di mana sahaja tetap akan terus berlaku dan sukar dibanteras!

So fikir2 kan lah...


Best regard from moderator..

26 March 2009

Bersatu Menyelamatkan Dunia..


Banner ini adalah rekaan Coach Madde

Kajian oleh beberapa pertubuhan terkenal di dunia menunjukkan dunia kita semakin panas..Ianya disebabkan pelbagai faktor, antaranya adalah penggunaan sumber tenaga yang tidak efisen serta berlakunya pembaziran..Atas dasar sayangkan dunia, kami di PISMK-OUM ingin menyeru kepada rakan2 di IPKS khususnya serta orang awam amnya, marilah kita bersama-sama menutup lampu selama sejam pada 28 Mac ini bermula dari jam 8.30 sehingga 9.30malam..

23 March 2009

MQA nak datang...

Memandangkan MQA akan datang sekitar bulan 5 ini untuk memeriksa folio dan segala maklumat berkaitan dengan pengajian kita, semua pelatih PISMK-OUM dikehendaki menyediakan beberapa folio sebagai persediaan. Antaranya ialah :

1. fail peribadi (individu)
2. fail BIG (individu)
3. fail semester (berkumpulan)

Bagi fail semester, setiap kumpulan dikehendaki menyusun maklumat ISL mengikut subjek pada semester tersebut. Berikut merupakan senarai kumpulan dan tugasan yang telah diundi oleh ketua kelas :

1.Semester 1 : Kump. Epi,zack,Akmal
2.Semester 2 : Kump. Yati,mas,santi
3.Semester 3 : Kump. Rosli,zaza,clarice
4.Semester 4 : Kump. Anim,Shima,Sanim
5.Semester 5 : Kump. Marina,kaka,Yana
6.Semester 6 : Kump. Lee,nasir
7.Semester 7 : Kump. Musa,vujie

Sila kumpul bahan2 tersebut secepat yang mungkin..ada apa2 pertanyaan?bagussss..semua dah faham. hehehe..

10 March 2009

Ini kejutan yang dinantikan...

Selama 4 hari di Sarawak, pelbagai kenangan dan cerita yang ingin kami kongsikan dengan rakan2 yang mengunjungi blok ini..kalau nak cerita dari A sampai Z memang tak habis.Maklumlah setiap orang ada ceritanya yang tersendiri.. Bebudak PISMK-OUM nie memang hebat, dalam buat kajian tentang motif dan corak tradisional sarawak, sempat lagi shopping..boleh dikatakan setiap orang ibarat bank bergerak, duit ada aje (kecuali moderator.hehe)di sini aku paparkan beberapa foto kenangan ketika kami di sana..kepada kengkawan, tolong upload lebih banyak foto dalam blog nie. aku dah xlarat nak upload, sehari suntuk upload maklumlah internet slow betul..



Hari pertama : Khamis 5 Mac 2009



Hari Kedua : Jumaat 6 Mac 2009



Hari Ketiga : Sabtu 7 Mac 2009



Hari Keempat : Ahad 8 Mac 2009


Pada hari kami ingin bertolak ke Sabah, kami berpeluang berjumpa Jehan Miskin dan Kekasih hatinya di Airport Kuching..Walaupun ramai yang ingin bergambar dengannya termasuklah geng kitorang sendiri namun hanya beberapa orang yang bertuah saja yang sempat bergambar dengannya. Kepada akmal, cuba lagi tahun depan..hahahaha...


Dari kiri : Anim, Shima, Jehan Miskin, Zack dan Epi

04 March 2009

Perjalanan Ke Sarawak Bermula...


Dari kiri : Mozas, moderator dan azma sedang berbincang untuk update blog..

Tepat jam 4 hari nie bebudak PISMK-OUM Kajian Sosial Sem 7 mula bertolak ke K.K..walaupun flight ke Kuching dijangkakan esok iaitu pada hari Khamis jam 7.20 pagi namun kitorg terpaksa datang awal ke K.K bagi mengelakkan kelewatan pendaftaran check-in. Sepanjang perjalanan ke Terminal 2, pantang ada peluang. bergambar aje kejanya bebudak nie..kepada kengkawan di IPKS yang tidak berkesempatan untuk mengikut rombongan kami, di sini kami paparkan beberapa foto yang sempat dirakamkan oleh lensa ajk dokumentasi kami iaitu moderator sendiri dan azma..hehehe...(yang lain posing aje, tak aci betul)...


02 March 2009

Yiehaa..bulan Mac kembali...

cewah2, sempat main sorok2 lagi ek..hahaha..

kalau bulan lepas vujie menyambut bday nya, bulan Mac nie 4 orang dari kelas ini yang menyambut kelahiran masing2..kepada sesiapa yang ingin membuat majlis untuk diorang adalah amat dialukan..besar pahala tue tau..aku ada cadangan, apa kata kita sambut bday diorang nie di Sarawak?yiehaaa...yabedabedu...hehehhehe..

lelong..lelong..hamba utk dibeli..hahaha;p




nah..ni gmbr utk ltk kat frame yg kita nak hadiahkn utuk IPBL n IPTAR..yg akn diletak..yg ada muka cik zalia..yg lain..utk tag bag..klu nak..ble bli kat aku RM5 satu (iye'..jgn risau..ko ada bhgn)..hahaha

*kslhan teknikal sudah dibaiki~

by: cahya

Terima Kasih Aeropedo..


Dari kiri : Azma, moderator, 2kang 2liz dan isteri owner Aeropedo...


Bila dengar ayat kat atas..sesaper yang duduk keningau dah tentu faham maksud ayat tue..jam 4 petang hari nie bertempat di kedai aeropedo yang baru, moderator, 2kang 2liz dengan azma membuat urusan terakhir bagi memastikan tempahan baju ke sarawak siap seperti yang dijangkakan..terima kasih kepada pihak Aeropedo yang sudi memberi layanan istimewa kepada wakil PISMKOUM nie..dan kami juga mengucapkan bebanyak terima kasih di atas sumbangan pihak Aeropedo menaja banner Le Tour De Sarawak..Lain kali kami minta taja lagi..hehehe..
Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png