Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


31 March 2009

Salah Siapa??

Jika anda seorang guru dan bertugas di sekolah sudah pasti anda tidak akan lari dari menghadapi masalah yang melibatkan disiplin pelajar. Lebih-lebih lagi jika guru itu merupakan guru disiplin maka segala masalah disiplin pelajar akan dilonggokkan kepada guru tersebut dan kebanyakan guru lain mengambil sikap lepas tangan. Dua unit yang akan terkial-kial menghadapi kerenah pelajar adalah unit kaunseling dan juga unit disiplin. Setelah seseorang pelajar yang melanggar displin dikenakan hukuman ataupun denda ia akan dirujuk pula kepada unit kaunseling bagi menjalani sesi kaunseling individu ataupun sesi kaunseling kelompok. Semuanya bertujuan untuk 'membetulkan' sikap buruk pelajar tadi dengan harapan selepas itu tidak ada lagi masalah disiplin yang ditimbulkan.

Namun biasanya masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar itu adalah berulang-ulang.Walaupun telah dikenakan denda, hukuman, diberi nasihat, menghadiri sesi kaunseling dan sebagainya tapi pelajar-pelajar yang terlibat ini akan terus mengulangi kesalahan-kesalahan sehingga guru disiplin naik berang, guru kaunseling pening kepala dan pentadbir sekolah hilang punca bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut yang berlaku setiap masa dari dahulu hingga sekarang dan sudah pasti di masa depan juga perkara ini akan berlaku sehingga manusia telah benar-benar jadi baik seperti malaikat!

Jadi, di mana silapnya ye sistem pendidikan kita ni? Adakah benar sistem pendidikan yang silap ataupun didikan guru yang tak betul ataupun didikan ibubapa yang salah? Kalau kita mencari salah maka akan jadilah seperti lagu ' Bangau Oh Bangau"! Masing-masing sibuk menuding jari menyalahkan orang lain. Aku betul, engkau salah! Aku sudah buat yang terbaik tapi engkau tengok saja. Bukan salah aku. Aku sudah buat kerja aku!

Ayat-ayat macam tu kerap kedengaran apabila kita menghadapi sesuatu masalah. Tidak kiralah masalah apapun baik di mana sahaja. Kalau kita nak senaraikan satu persatu masalah sosial di Malaysia ni, seratus muka surat pun belum tentu cukup!

Sebenarnya semua orang perlu berperanan dan berfungsi. Kefungsian seseorang itu bergantung juga kepada kewibawaan ketua. Jika di rumah ayah atau suami akan bertindak sebagai ketua yang perlu menentukan kelancaran dan keharmonian sesebuah rumah tangga itu. Jika disesebuah jabatan maka ketua jabatan perlu berperanan dan berfungsi dengan cara yang berhemah bagi mempastikan anak-anak buah melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin di peringkat tertinggi juga perlu bertindak sebagai seorang ketua yang berwibawa dengan berperibadi mulia, jujur, amanah dan sedar tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sudah pasti segala masalah yang timbul akan dapat diatasi dengan baik dan dapat memberi manfaat kepada semua orang.

Yang menjadi masalah sekarang ialah kegagalan segelintir ketua-ketua ini berfungsi dengan baik. Kadang-kadang nampak baik tapi buruk di sebaliknya. Ini yang perlu diambil iktibar oleh semua. Selagi diri kita sendiri gagal diperbaiki maka selagi itulah segala masalah yang melanda negara kita, baik di sekolah ke, di jabatan ke, walau di mana sahaja tetap akan terus berlaku dan sukar dibanteras!

So fikir2 kan lah...


Best regard from moderator..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png