Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.

28 June 2009

Haram Nikahi Gadis Sekampung



Pada masa cuti yang lepas aku sempat menghadiri kenduri kawan lama di Ijok. Dapat lah jugak jumpa kawan-kawan lama, ada yang dah keja, ada yang dok menanam anggur lagi. Pada majlis akad nikah sebelah malamnya yang diadakan di masjid batu 8, terdapat fatwa baru yang telah ditimbulkan oleh jurunikah kawasan tersebut. Menurut jurunikah tersebut, Islam tidak membenarkan mana-mana lelaki Islam menikahi gadis sekampung. Hal ini dikatakan kerana menyalahi sistem perundangan Islam itu sendiri. Apa lagi, cuak lah bakal pengantin. Jangan kata bakal pengantin, bapak pengantin, kawan2 pengantin semuanya cuak. Aku lagi cuak, maklumlah gadis yang kawan aku nak kawin tue memang satu kampung dengannya. Ikuti perbualan yang aku rekodkan ni :

Tok kadi : Kita sebagai umat Islam perlu tahu, sempurnanya iman seseorang umat Islam apabila dia berkahwin.

Tetamu : Betul2..(sambil anggukkan kepala)

Tok kadi : Namun perlu diingatkan, kerja kawin ni bukan mudah. Haram bagi si lelaki sekiranya ingin menikahi gadis sekampung.

Pengantin lelaki : err..(muka dah cuak)

Bapak pengantin : Kenapa pulak tok? hukum mana tok ikut nie?

Tok kadi : Hukum Islam la, kenapa?tak pecaya?

Bapak pengantin : aah tak pecayala tok, takkan nak cari gadis bandar baru leh kawin. tak adil tok...

Tok kadi : Betul apa yang saya cakap tadi. awak bayangkan lah, nak kawin dengan seorang gadispun mempunyai tanggungjawab yang berat, inikan pula nak kawin dengan gadis satu kampung. tak ke berat tanggungjawab tue..awak tak faham ayat2 saya tadi tue...

hahahahha...satu masjid ketawa, sabar ajela tok kadi nie..dia lawak rupanya..betul gak cakap dia, haram bagi lelaki menikahi gadis sekampung. paling banyak pun kawin sampai 4 orang aje, inikan sekampung..hahahahaha...


kisah benar ini dijayakan oleh :

Epi sebagai tok kadi
Musa sebagai pengantin lelaki
Mariam sebagai pengantin perempuan
Ah chaw sebagai bapak pengantin lelaki
dan rakan2 pismk yang lain sebagai watak tambahan


hehhehehe...yuhuuuuu..best kenakan orang nie...kui..kui...kui...

2 comments:

  1. aku pengantin perempuan????
    maksudnya kawin ngan musaaaa???


    yeeeaaahhhuuuuu~~!!
    impian jadi kenyataan. hahahaha.

    tp aku mau tukar tu tok kadi.
    ces x blh pakai.
    jgn la buat lawak tym aku pakai bj pengantin ba.
    habis tkeluar ketawa besar hilang gaya tsipu2 malu2 pengantin aku karang. ahahaha..

    ReplyDelete
  2. hahaha..aku xmau tukar itu tok kadi, biar pengantin lelaki sama family dia tengok pengantin perempuan ketawa besar2, lepas tue sepakat cancel majlis sebab pengantin perempuan tidak berapa betul (dalam ayat mudah agak mereng)..hahahahha..lalalalala..sukanya hati..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png