Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


28 July 2009

IPSM Besut pula ditutup..

KUALA TERENGGANU: Selepas lima institusi pendidikan di negeri ini ditutup berikutan pelajarnya dikesan dijangkiti demam selesema ringan (Influenza Light Illness), kini giliran Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) Besut ditutup selama seminggu apabila tujuh pelajarnya terkena jangkitan sama.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata tujuh pelajar berkenaan dirawat sebagai pesakit luar dan sudah menjalani ujian saringan menentukan sama ada terkena wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) dan keputusannya diketahui dalam masa terdekat.

“Berikutan kes terbaru malam kelmarin itu, kita mengambil keputusan menutup IPSM selama seminggu bermula semalam hingga 2 Ogos ini.

“Kita sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Pelajaran negeri memantau perkembangan terkini terutama di sekolah berasrama yang mempunyai bilangan pelajar ramai,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.





Menurutnya, langkah pencegahan turut dipertingkatkan semua institusi pengajian lain termasuk kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan kawasan tumpuan ramai.

Beliau menasihatkan, orang ramai terutama pelajar supaya berjaga-jaga dan menangguhkan aktiviti di luar kawasan terutama membabitkan kumpulan ramai.

“Perkembangan terbaru H1N1 setakat ini menunjukkan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun masih ditahan di wad dan lima pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin disahkan positif H1N1,” katanya.

Kredit : Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png