Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


09 November 2009

Serangan Terbaru : Ranau Dan Kundasang

Jika sebelum ini para pegunjung blog ini telah disajikan dengan cerita tentang beberapa orang pendekar PISMK OUM yang menyerang Mahua, tetapi kali ini lain pula ceritanya..anda percaya atau tidak, batalion tentera kami telah menyerang RANAU PULA dengan berani dan selamber badaknya!!(bukan badak yang menyerang RANAU tu ya. Harap Maklum).. Anda mau tau jln ceritanya bagaimana tentera2 kami menyusun strategi ini..Ikutilah kisah berikut..

Alkisahnya pada suatu hari (yang pasti bukan hari semasa buletin ini di post) beberapa orang pakar2 strategi dan risikan batalion tentera 0609 PISMK OUM pada mulanya merancang untuk menyerang satu daerah nun jauh di utara borneo iaitu KUDAT..Ketua Turus Tentera Darat iaitu Leftenan Jeneral (B) Rosli (title 'B' tu bukan utk 'Bersara' ya, tp utk 'Becoming ;)mengatakan serangan kali ini mungkin akan mengambil tempoh masa yang lama kerana kedudukan yang agak jauh dari markas utama di Keningau. Selain itu beberapa masalah lain yang dihadapi oleh kami ialah bala tentera yang tidak mencukupi selain pengangkutan yang tidak cukup untuk melaksanakan misi kali ini..

Selepas mendapati beberapa masalah yang dihadapi selain masih penat kerana baru sahaja menakluki MAHUA baru2 ini, beberapa orang Pegawai dan Ketua Turus (nama dirahsiakan untuk tujuan KESELAMATAN) yang sebelum ini menjadi tulang belakang kami tidak berani menyahut cabaran kali ini dan menyerah kalah lebih awal. Memandangkan beberapa masalah yang dihadapi, Panglima Angkatan Tentera PISMK OUM bagi program menyerang2 ini iaitu Jen (M) Zack ('M' tu refer to 'Madya' ;) (ade ke Jeneral Madya?Pelik..hihi..biarla) mengubah pelan untuk menyerang daerah strategik lain iaitu RANAU. Mengikut Jen (B) Rosli, daerah kali ini pasti mudah diserang diserang dan ditawan dalam sehari sahaja kerana kedudukannya yang lebih dekat dan hanya memerlukan beberapa orang tentera sahaja.

Setelah tender menyerang dibuka, akhirnya 3 org tentera yang sudi menyerang pada kali ini iaitu Kolonel (B) Marina (Pegawai Perhubungan Tentera), Kolonel (B) Yana (Pegawai Dokumentasi) dan Kolonel (B) Mah (Pegawai Pemerhatian dan Risikan Mendalam) ;>.. Nak dipendekkan cerita, platun tentera yang kecil ini mula bergerak ke RANAU pada jam 8 pg. Tetapi sblm itu, platun ini mengisi perut terlebih dahulu bagi menjana tenaga untuk menyerang. Terima Kasih kpd Jen (B) Yana dan Restoran Rahmat kerana sudi menaja makanan kami pd pagi itu..Gracias =)..

Selepas itu, perjalanan diteruskan (Lokasi persinggahan dan arah jalan kami dirahsiakan untuk tujuan keselamatan lagi ;>). Antara cabaran pertama yang kami hadapi ialah keadaan jalan sepanjang hendak ke Ranau begitu teruk dan sangat menyedihkan..Menurut Kolonel Mah merangkap Pegawai Pemerhatian dan Risikan Mendalam kami, strategi serangan kali ini telah dapat dihidu oleh pihak musuh!Jalan yang teruk ini merupakan strategi mereka untuk melemahkan kami. Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat kami. Berkat kesabaran dan pergerakan yang sedikit perlahan, akhirnya kami berjaya di pekan koboi Ranau pada pukul 11.35 pg.

Kami berhenti rehat untuk mengisi perut lagi..Apa yang kami dapat katakan, perjalanan kali ini adalah amat menjerihkan..

Selepas itu, tanpa membuang masa kami meneruskan perjalanan untuk menyerang dan menawan tempat yang 'panas' yang sesuai dengan namanya iaitu Poring Hot Spring.. Gambar2 berikut telah di tangkap oleh Kolonel (B) Yana merangkap sebagai Pegawai Dokumentasi kami..


Canopy Walk..


Senyum


Mengigil Kesejukan


Aksi Lima Pendekar


Candid....




Selepas kami menawan Poring, kami meneruskan perjalanan untuk menawan Kundasang pula. Mengikut Leftenan Jeneral (B) Rosli, terdapat satu kedai makan yang terkenal dengan sayap dan bontot ayam bakarnya..Memang sedap! sehinggakan Jen (M) Zack yang tidak berapa menggemari bontot ayam bakar sblm ini, mula menggemarinya..hihi.. ;> Selepas itu kami pun memulakan perjalanan pulang ke base camp di Keningau dalam keadaan hujan lebat dan kabus yang tebal. Kami sempat singgah digerai durian untuk menikmati durian dan membeli sedikit buah tangan untuk rakan-rakan tentera kami yang berkawal di base camp Keningau. Akhirnya kami selamat sampai di base camp pada pukul 10.30 mlm di mana sblm itu singgah minum di Dreamland.. Platun kami sangat gembira dengan strategi penyerangan pada kali ini..Tetapi masih adakah strategi2 penyerangan dan penaklukan yang dirancang oleh batalion ini untuk minggu2 yang akan datang? Bersama-sama kita nantikan =)



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png