Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


01 November 2009

Trip 2 Sipitang



Dengar aje tajuk di atas, mesti buat ramai yang berkerut fikirkan..kenapalah moderator letak tajuk macam tu. Mesti masing2 akan bercakap dalam hati, adakah ini sekadar gimik? atau salah satu taktik agak berbau (ataupun bucuk) untuk melariskan blog masing2 macam sesetengah penulis blog lain buat??..Oh tidak, itulah kenyataan yang mungkin agak berat untuk sesetengah individu menerimanya kerana tanpa disangka2, trip ke sipitang telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya..

Kepada adik2 junior yang mungkin tengah pening kepala membaca buku atau masing2 sibuk menghafal tu, apa kata bancuh air milo segelas (promosi milo) dan jom kita tengok secebis kisah perjalanan yang cukup menenangkan jiwa korang. Kepada kawan2 kelas lak, mesti baca dengan tenang tau..hehehehe (jangan marah, nanti kena posting salinatan)..

Kalo dalam kisah Melaka, kita biasa dengar pasal citer 5 pendekar Melaka yang terkenal kan?cubala ingat balik walaupun korang fail sejarah masa SPM..ok2, dah melalut jauh lak aku ni..macam nie kisahnyaaaa....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pada mulanya 5 pendekar PISMK-OUM iaitu Hang Epi, Hang Rosli, Hang Zack, Hang Musa dengan Hang Akmal tak merancangpun nak pegi Sipitang pada pagi Sabtu tu..Semuanya secara kebetulan aje (mungkin ada yang cakap ini hanya lakonan.hehehhe)..Agaknya memikirkan tinggal beberapa minggu aje lagi masa yang ada tu akan dihabiskan bersama (sila baca dengan iringan muzik sedih), maka kitorang sepakat lah nak pegi ke Sipitang.

Ucapaan terima kasih diberikan kepada zek sebab sudi menaja kenderaan untuk ke sana. Menurut Zek, proton saga BLM yang dibelinya itu mampu membawa 5 penumpang dewasa tanpa ada kesukaran, ingat tau bukan 5 ekor lembu dewasa.. Ini membuktikan kereta buatan Malaysia setanding dengan jenama lain. (iklan kejap)..


Hari pertama (31 0kt 2009).

Memandangkan perjalanan kitorg nie tanpa ditaja mana2 pihak, maka atas kesedaran sendiri masing2 sumbanglah kos untuk minyak..Bak kata pepatah, berat pikul sorang2, ringan kita bagi kawan jinjing..betul tak?..perjalanan menghala ke Tenom pagi tu agak mendung. Namun suasana 1 Malaysia dapat dirasai begitu akrab di kalangan kitorg..macam2 tajuk citer kuar, dari isu yang sejuk sampai isu yang panas..dengan musa yang tak reti berhenti cakap tu, ibarat seorang DJ radio yang melayan pendengarnya tanpa henti..hehehe..ko tak marah kan musa???hahahaha..

Memandangkan kitorg tak breakfast pagi tu, kitorg singgah jap kat kedai makan di Tenom. Menu istimewa pagi tu adalah roti canai..ada yang order roti canai kosong, ada yang order roti canai telur..hehe..lepas masing2 dah kenyang, perjalanan ke Sipitang pun diteruskan..

Ini merupakan pengalaman kali pertama kitorg ke Sipitang..jadi laluan2 yang kitorg lalui memang agak asing..mungkin bagi cik yam yang biasa menggunakan laluan ni untuk balik ke KK tidak merasa kelainan..pada kami laluan ni agak keras (ini agak saspen)..kalo dilihat dengan mata kasar atau mata halus kitorg, memang laluan ke sipitang ini agak keras..banyak bongkah2 batu besar di tepi jalan raya dan keadaan jalanraya yang agak memuaskan (inilah yang dimaksudkan dengan keras.hehehe..)

Perjalanan ke Sipitang tidak membosankan, sebab banyak benda yang kitorg tengok sepanjang perjalanan ke sana..dari keadaan penduduk di sepanjang perjalanan, nama kampung yang pelik, bentuk2 rumah yang unik..memang betul cakap orang, jauh perjalanan, banyak pengalaman..

Kitorg sampai di Sipitang tepat jam 12.30 tgh..lepas berhenti isi minyak di Petronas..kitorg terus pergi pusing2 bandar Sipitang..hentian pertama kitorg kat Sipitang adalah jeti..kitorg sempat tengok makcik2 yang sabar memancing ikan di jeti Sipitang.sempat gakla berposing kat jeti tu ambik gambar..lebih kurang 20 minit mencuci mata kat situ. destinasi kedua kitorg adalah mencari tempat penginapan. So, masa pusing2 cari tempat penginapan tu, kitorg terjumpalah sebuah resthouse berhampiran dengan pesisir pantai dan gerai makan berhampiran bandar Sipitang. Tempat resthouse ni cukup cantik. kawasan parking luas, bilikpun selesa..yang bestnya, bilik belah belakang menghadap laut..(ayat2 ni pasti akan menambahkan kejelesan kepada budak2 kelas kitorg).hehe..

lepas Check-in, perutpun dah menyanyi minta diisi, apa lagi kitorgpun menuju ke KFC. sebenarnya makan tengahari pada hari tu ditaja oleh Kak Ana iaitu kakak Jqaf ambilan jan 2006..kakak nie satu orientasi dengan kitorg masa mula2 masuk IPKS dulu. macam2 benda yang kitorg bualkan..seronok pun ada sebab banyak benda lama yang dah jadi kenangan teringat balik..Terima kasih pada Kak Ana atas tajaan istimewa pada tengahari tu.

Selepas selesai makan, mesti korang ingat kitorg nak balik tido kan?..jawapan korang memang tepat sekali untuk jawapan yang salah..hahahaha..memandangkan masing2 masih ada tenaga super extra, hasil daripada cernaan daging ayam KFC yang dapat free tadi, kitorg berhajat pulak pegi satu tempat yang sememangnya tak rancang. Nak tau ke mana??..kitorg ke Lawas, Sarawak. perjalanan ke sana melalui Sidumin mengambil masa lebih kurang 2 jam..macam biasa, tunjuk IC kat pintu sempadan, dapat resit dari imigresen,perjalanan diteruskan macam biasa..bandar Lawas sememangnya cantik dan bersihla, itu memang tak dapat kitorg nafikan..tapi ada satu benda yang agak susah nak cari kat sini, iaitu kedai makanan yang halal..tak taulah kitorg tak perasan atau tak nampak, tapi yang pastinya minum petang yang dirancang pada petang tu tak tertunai..kempunan ckitla,ada satu aje kedai makanan Islam yang kami jumpa, tapi tutup pulak.nampaknya kempunan la kami nak minum teh tarik petang tu. tapi apa2pun lepas bergambar sana sini sebagai bukti untuk menjeleskan kawan2 lain yang tak ikut sama, kamipun bergerak balik..Kitorg sampai di resthouse lebih kurang 6.15ptg..apa lagi, rehatla...hehehhe


Pada sebelah malam lak, kitorg menjamu selera kat gerai makanan yang banyak dibuka sepanjang pesisir pantai dari resthouse yang kitorg duduk sampai ke jeti..jadi jalan kaki ajela, watpe membazir naik kereta kan?..kurang ckit asap kat udara..hehehe..menu special malam tue adalah mee rojak ayam, soto ayam, sate daging, ayam dan perut..Memandangkan perut sorang2 agak besar, lepas makan kitorg beli lagi macam2 makanan untuk spare waktu malam punya seperti ubi goreng, sate daging kerbau dan bontot ayam panggang (ini musa punya, awet muda katanya).hehehe..


Foto2 menarik sekitar Sipitang



Foto2 menarik di Lawas


Hari Kedua (1 Nov 2009).

Perjalanan pada hari kedua bermula lepas waktu check out iaitu jam 12 tengahari..lepas bersarapan yang merangkap makan tengahari kat kedai mamak berhampiran resthouse, kitorgpun bergerak untuk balik..sebelum balik, kitorg singgah beli buah-buahan kat pasar tani Sipitang..macam2 yang kitorg borong..ada rambutan, langsat,dan macam2 lagi yang kitorg sendiri tak tau nak sebut sebab tak penah jumpa buah-buahan yang tak pernah tengok kat tempat lain..Selesai beli buah, perjalanan balik diteruskan..mula2 kitorg rancang nak balik ikut laluan mula2 datang, tapi lepas bermesyuarat, jemaah menteri meluluskan usul untuk balik ikut Beaufort..


foto2 menarik semasa perjalanan balik

Perjalanan ke Beaufort begitu menenangkan jiwa. Maisng2 layan blues sambil diiringi lagu nasyid kepunyaan pemilik kereta yang merangkap pemandu tetap bagi pengembaraan kali ini iaitu Zek. Sampai di Beaufort, kitorg pusing2 la bandar kat situ..lepas penat2 pusing perjalanan diteruskan..yang pasti laluan untuk balik ni akan melalui Papar. Perjalanan balik memang agak tenang kerana jurucakap2 rasmi seperti epi dan akmal dah masuk ke alam mimpi. Yang confirm tak tido sepanjang perjalanan adalah zek..sebab kalo zek tido, alamak terbalikla kitorg..hehehe..Rosli juga tak tido sebagai membuktikan bahawa dia adalah roomate yang sentiasa menghadapi dugaan bersama2 zek. Bak kata pepatah, susah sama susah, senang sama senang (yeke ni?heheheh).


Kitorg sampai di IPKS pada jam 5.45 petang..walaupun penat, rasanya agak berbaloi..selain dapat pegi tempat yang tak pernah kami impikan akan tercapai, sekurang2nya masa lapang sementara menantikan KISSM ini kami isi dengan sesuatu yang menarik..kalo ada rezki, kitorg akan buat lagi satu perjalanan pengembaraan sekali lagi, mungkin ke Pantai Timur Timur Sabah lak lepas ni..yang pasti, Pantai Barat Sabah dah kami jelajahi..

itu aje buat kali ni, jumpa lagi dalam Cuti2 Malaysia...salam....

2 comments:

  1. sekarang adakah anda semua kagum dgn aku yang berjaya redah bukit2 tu seorang diri??? HAHAHA..

    ReplyDelete
  2. memang kitorg kagumla dengan ko vujie..ko memang memiliki ilmu yang cukup tinggi sebab jalan2 kat situpun memang tinggi..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png