Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


27 April 2009

apabila fizkitis menulis...




Salam...

Minggu lepas baru sahaja habis penghantaran tugasan untuk semester ini namun itu tak bermakna pelatih PISMK-OUM boleh duduk senang-lenang goyangkan kaki, al-maklumlah pada minggu hadapan (4 Mei) MQA dijangka akan datang ke IPGM Kampus Keningau bagi memeriksa semua perkara berkaitan dengan program PISMP yang dilaksanakan oleh kerajaan ni. Usah dicakap berkenaan soal duit yang telah dihabiskan untuk membeli fail2, kertas, dakwat printer, fotostat dan sebagainya..walaupun tiada elaun diperuntukkan untuk ini, namun itu bukan alasan untuk tidak menyiapkan bahan2 yang dikehendaki oleh MQA. Bukan sahaja perhatian perlu diberi kepada pelatih PISMK-OUM, pensyarah2 yang terlibat dengan sesi pengajaran di kelas PISMK-OUM Kajian Sosial ini juga akan dipantau dari segala aspek..Walaupun masa semakin pendek, usaha perlu dipergiatkan agar segala kehendak dan keperluan dari pihak MQA dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin..Tidak kira kepada pelatih PISMK-OUM atau pensyarah PISMK-OUM, anda semua perlu melaksanakan tugas anda dengan sebaiknya..Tanggungjawab yang diberi oleh ALLAH perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Janganlah dipersoalkan di akhirat kelak segala tanggungjawab yang tidak terlunas pada hari ini...


“Layanilah orang yang kecil sesuai dengan kecilnya, layani orang besar dengan kedudukannya, orang jahil berdasarkan kekurangan ilmunya dan orang alim berdasarkan kelebihannya”.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png