Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


12 May 2009

Rotan Anak Depan Ibu Bapa

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - "Bawa ibu bapa pelajar untuk saksikan sendiri hukuman rotan ke atas anak mereka supaya tidak timbul salah faham dan rasa tidak puas hati.''

Demikian cadangan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan sambil menjelaskan, tindakan tersebut dapat memberi keinsafan kepada ibu bapa untuk menangani masalah disiplin anak-anak.

Ketika dihubungi semalam beliau yakin kehadiran ibu bapa amat penting kerana mereka akan melihat sendiri bagaimana hukuman rotan dijalankan dan dapat mengetahui masalah disiplin membabitkan anak mereka.

Mohamad Ali mengulas cadangan Kesatuan Guru Sarawak (STU) yang mahu satu kajian semula berhubung hukuman rotan di sekolah dijalankan termasuk memperkenalkan hukuman rotan untuk pelajar perempuan.

Katanya, hukuman rotan perlu dijalankan secara adil dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan serta turut membabitkan pelajar-pelajar perempuan sama ada di sekolah rendah atau menengah.

Sumber dipetik daripada Kosmo Online (12 Mei 2009)

By azma

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png