Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke blog kami. Sebarang komen dan pendapat bolehlah diajukan terus ke buku pelawat kami ataupun kepada moderator blog ini.


08 February 2009

Alkisahnya Hikayat Malam 1000 Impian..

Kisah ini merupakan sebuah hikayat Malam Seribu Impian, ingat tau bukan Hikayat Seribu Malam..Alkisahnya terdapat di dalam sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang ratu bergelar Inuth the Legend. Nak dijadikan cerita pada suatu hari ratu Inuth telah memanggil para memandanya berkumpul dan bersidang. Perbincangan mereka sungguh lama sehinggalah diibaratkan biji benih jagung yang disemai telah mampu mengeluarkan hasilnya..Akhirnya kata sepakat telah dibuat, ratu Inuth bersama beberapa dara pingitan di kerajaan PISMK-OUM berhasrat untuk mengadakan sepasang sepersalinan lengkap memandangkan tempoh pemerintahan kerajaan yang akan berakhir pada beberapa purnama lagi..Intipati bicara mereka berbunyi begini :

Ratu Inuth : Beta rasa sudah sampai masanya kita memiliki persalinan yang baru bagi menggantikan persalinan kelabu dan biru yang kita miliki setakat ini. Beta malu kepada kerajaan-kerajaan lain yang memiliki persalinan yang indah2 belaka. Apa kata memanda bendahara?

Bendahara Yek : Ampun tuanku, molek benar buah fikiran tuanku. Patik pun rasa begitu juga.

Ratu Inuth : Apa pula pendapat Temenggung Jepa dan Laksamana Yati berkenaan hal ini?

Temenggung Jepa : Hamba ikut sahaja tuanku.

Laksamana Yati : Hambapun tuanku..

Setelah keputusan dibuat maka Ratu Inuth membuat keputusan untuk berkelana bersama para hulubalangnya ke sebuah gedung di negara yang terletak di Kota Kinabalu. Para penduduk tempatan menggelarkan gedung ini 1 Borneo. Ramai para saudagar Timur dan Barat memperdagangkan hasil dagangan mereka di gedung ini. Sementelah pemergian baginda ke sana bersama hulubalangnya, kerajaan PISMK-OUM di Keningau ditinggalkan kepada para memandanya untuk menjaga hal ehwal rakyat..Begitulah kisahnya..


Dipetik daripada Kitab Hikayat Malam Seribu Impian edisi Lord of The Rings II.


(Hehehe..moderator sakit, niela akibatnya. hahahaha..)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
http://2.bp.blogspot.com/_sYx8LhsF1y0/SZyFeDqrknI/AAAAAAAAAwI/hzZSY5krbTo/s1600-h/jom_04.png